Resepi Tepung Pelita : Rasanya Manis & Sangat Sedap

Resepi Tepung Pelita

Resepi Tepung Pelita ini merupakan salah satu resepi popular serta enak dibuat sebagai makanan di waktu petang. Dengan tekstur lembut dan terasa manis, ia sekaligus membangkit selera sesiapa menjamahnya. Kuih tepung pelita ini juga tidak asing lagi bagi rakyat di Malaysia ini. Bahkan kita mudah menjumpainya dijual di gerai-gerai kuih yang terdapat disini.

Cara buat kuih tepung pelita ini terbahagi kepada 3 bahagian dan tak sukar. Ini melibatkan penyediaan daun pisang (iaitu bekasnya), penyediaan lapisan bawah iaitu terdiri dari adunan jus daun pandan, dan lapisan atas yang terdiri dari santan.

Bagi penggemar kuih yang bertekstur lembut seperti kuih tepung pelita, boleh juga mencuba untuk memasak akan kuih seri muka. Kuih ini digandingkan bersama lapisan pulut serta lapisan pandan. Rasa bagi kuih ini amat enak dimakan dan sesuai dimakan oleh semua golongan samada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Resepi Tepung Pelita

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

18

biji
Masa Penyediaan

30

minutes
Masa Masak

40

minutes
Kalori

101

kcal

Resepi Tepung Pelita mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK LAPISAN ATAS (HIJAU)
  • Daun Pandan 7 helai

  • Air 5 cawan

  • Tepung Beras 1 cawan

  • Air Kapur ( yang dicampur air untuk menjadikan ia cair) 1 sudu kecil

  • Pewarna Hijau (sedikit)

  • Gula 1 sudu kecil


  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK LAPISAN BAWAH (SANTAN)
  • Santan 4 cawan

  • Tepung Beras 5 sudu besar

  • Garam (secukup rasa)

cara penyediaan

  • CARA PENYEDIAAN DAUN PISANG UNTUK DIJADIKAN ACUAN (BEKAS KUIH)
  • Langkah pertama adalah lap dan bersihkan daun pisang tersebut. Kemudian layurkan daun pisang tersebut di atas api.
  • Selepas itu potong daun pisang itu. Lebar yang diperlukan bagi daun pisang itu anggaran dalam setiap 4 inci. Tindankan dua helai daun pisang itu bersama.
  • Ambil satu kotak kecil yang bersesuaian dengan saiz kuih yang ingin dilakukan. Letakkan kotak itu di bahagian tengah daun dan lipatkan daun pisang menutupi bahagian tepinya. Jika daun yang digunakan terlebih panjang, boleh dipotong sedikit supaya acuan yang telah kita buatkan ini dalam keadaan kemas.
  • Jika lipatan yang kita lakukan dalam keadaan sempurna, keluarkan kotak yang digunakan tadi. Kemudiaan ambil “stapler” dan kepilkan di setiap lipatan agar ia tidak terbuka.
  • Selepas itu, potong dan kemaskan bahagian atas acuan mengikut tinggi yang ingin digunakan.

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK LAPISAN ATAS (HIJAU)
  • Langkah pertama adalah kisarkan daun pandan bersama air sehingga halus. (Pastikan air di dalam sukatan separuh dahulu supaya mudah untuk mengisar daun pandan tersebut.)
  • Ambil penapis dan tapiskan jus pandan tersebut. Kemudian masukkan jus pandan itu ke dalam periuk. Masukkan semua bahan iaitu air kapur, gula pasir, tepung beras, dan juga pewarna hijau (sedikit) dan masakkan kesemua bahan-bahan ini bersama sehingga ia tekstur ia menjadi halus dan juga menjadi pekat.
  • Kemudian ambil acuan daun pisang tadi, dan letakkan sedikit gula 1/2 sudu kecil di permukaan acuan.
  • Selepas itu masukkan adunan hijau ke dalam bekas daun pisang dengan anggaran tinggi separuh dari acuan yang telah kita sediakan tadi.

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK LAPISAN BAWAH (SANTAN)
  • Langkah pertama adalah masakkan santan. Masakkan ia bersama dengan garam secukup rasa dan juga bersama dengan tepung beras.
  • Masakkan ia di atas api yang perlahan. Pastikan santan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia menjadi berketul. Masakkan santan tersebut sehinggga ia kelihatan halus dan juga menjadi pekat.
  • Selepas itu, masukkan adunan santan ini ke dalam acuan bersama dengan adunan hijau tadi. Sukatan yang diperlukan adalah bersesuaian dengan acuan yang telah kita buatkan sebentar tadi.
  • Kemudian masukkan acuan yang telah siap diisi adunan hijau dan adunan santan ke dalam peti sejuk.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Jika daun pisang susah untuk dicari dan dijumpai, boleh digantikan acuan tersebut dengan menggunakan bekas plastik yang berbentuk kecil.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.