Resepi Kuih Seri Muka : 14 Cara Mudah & Sedap Untuk Dimakan

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka ini merupakan kuih tradisional yang terdapat di Malaysia serta sedap bila menjamahnya. Keenakan kuih ini dengan gabungan beras pulut dan juga lapisan di atas yang berbau pandan membuatkan sesiapa yang menjamah kuih ini terasa keenakannya. Kuih ini juga sering kita lihat dijual di merata gerai kuih-muih malah kuih ini juga boleh dijumpai serta sering terjual di bazar-bazar Ramadan ketika bulan puasa.

Cara penyediaannya pula terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian atas menjadi lapisan pertama yang terdiri dari gabungan 3 bahan, kemudian bahagian tengah terdiri dari 8 bahan, dan bahagian bawah terdiri dari 5 bahan. Gabungan bersama 3 bahagian tersebut menjadikan ia sebagai suatu kuih yang dijual serta digemari buat rakyat di Malaysia.

Resepi Kuih Seri Muka

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

8×8

Loyang (Inci)
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

1

hour 
Kalori

192

kcal

Resepi Kuih Seri Muka mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN UNTUK LAPISAN PULUT (LAPISAN BAWAH)
  • Beras pulut 400g

  • Santan cair 500ml

  • Gula 1 sudu besar

  • Garam 1 sudu kecil

  • 1 helai Daun pandan

  • BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS (A)
  • Daun pandan 8 helai

  • Jintan manis 1 sudu kecil

  • Air 1 cawan

  • BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS (B)
  • Santan pekat 375ml

  • Tepung gandung 60g

  • Tepung jagung 3 sudu besar

  • 3 biji Telur (Saiz B)

  • Garam 1 sudu kecil

  • Pewarna Hijau sedikit

  • Jus Pandan 1 cawan

cara penyediaan

  • Cara Penyediaan Lapisan Pulut (Lapisan Bawah)
  • Rendamkan beras pulut selama 2 jam, kemudian tapis dan toskan airnya
  • Gaulkan santan cair, garam dan gula sehingga sebati. Gaulkan di bekas yang berasingan.
  • Sediakan loyang yang hendak digunakan, sapu minyak pada loyang tersebut dan dilapikkan bersama dengan plastik. Dan plastik yang dilapik tersebut turut disapu dengan minyak.
  • Ambil beras pulut dan masukkan ke dalam loyang berserta dengan adunan santan yang digaul tadi.
  • Kemudian masukkan pula daun pandan
  • Kukus selama 15 minit untuk bahan tersebut
  • Jika pulut kelihatan sudah masak, alihkan helaian pandan dari loyang dan gembur pulut tersebut. Bila sudah selesai digembur, tekan semula pulut tersebut biar sekata di dalam loyang.
  • Kemudian ambil garfu dan tores atau cakarkan sedikit permukaan pulut di bahagian atas.

  • Cara Penyediaan Lapisan Atas
  • Ambil daun pandan,jintan manis dan air. Kisarkan bahan tersebut sehingga halus dan tapiskan jus pandan tersebut.
  • Kemudian sediakan satu bekas yang berasingan. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, jus pandan, gula, garam, santan pekat, telur serta pewarna hijau.
  • Gaulkan bahan-bahan berikut sehingga sebati dan tapiskan adunan tersebut.
  • Adunan yang ditapis itu dimasak sekejap dengan menggunakan api yang perlahan. Jangan lupa untuk mengacau adunan itu sewaktu memasak.
  • Jika adunan yang dimasak itu sudah menjadi ketulan yang lembut, tutup api dan kacaukan adunan tersebut seketika.
  • Kemudian tuangkan adunan yang dimasak ini ke dalam bekas yang telah kita sediakan. (Loyang berserta pulut tadi).
  • Setelah kedua-dua bahan tersebut di satukan, kukus kan bahan tersebut. Anggaran tempoh masa untuk proses kukus ini adalah selama 40 minit.
  • Jika sudah kelihatan sudah masak, tunggu sehingga ia sejuk sebelum kita memotongnya untuk dihidangkan.

Notes

  • Sewaktu membancuh adunan santan, sebaiknya perlu dirasa terlebih dahulu. Supaya adunan bahan ini mendapatkan rasa yang sempurna dan sedap.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.