Resepi Pau Sambal Ikan Bilis : Pau & Bilisnya Rangup

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis ini merupakan diantara kuih yang pasti kita mengenalinya atau pernah menjamahnya. Kuih yang diberi nama sebagai pau sambal ini sangat enak dimakan sewaktu bersarapan di pagi hari. Kuih ini didatangkan bersama dengan kuah sambal ikan bilis dan hirisan timun serta juga sedikit salad.

Cara buat bagi resepi ini juga tidaklah sesukar mana. Ini kerana ia mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu penyediaan bagi sambal bilis tersebut, dan kedua pula ialah penyediaan bagi doh untuk menjadikan ia pau. Dengan 2 langkah penyediaan ini, anda pasti boleh melakukannya.

Untuk yang ingin merasai pau kukus, boleh mencuba akan resepi kuih pau kacang merah. Pau yang ini dimasak secara kukus dan turut disertakan cara untuk menyediakan inti kacang merah tersebut. Proses penyediaannya juga mudah dan mampu dilakukan oleh anda.

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

50

biji
Masa Penyediaan

50

minutes
Masa Masak

40

minutes
Kalori

296

kcal

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK SAMBAL IKAN BILIS
  • 1.1 : BAHAN KISAR HALUS
  • Bawang Merah Kecil 3 ulas

  • Bawang Putih 4 ulas

  • Bawang Besar 2 biji

  • Ikan Bilis 1/2 cawan

  • Cili Kering 20 tangkai

  • Air (Sedikit)


  • 1.2 : BAHAN TUMIS
  • Minyak Masak

  • Ikan Bilis 300g (perlu digoreng dahulu)

  • Bawang Besar 1 biji (dihiris)

  • Gula Melaka sedikit

  • Air Asam Jawa (2sudu besar)

  • Gula Putih sedikit

  • Garam (secukup rasa)

  • Bawang Holland 1 biji (dihiris)


  • BAHAN PENYEDIAA UNTUK DOH PAU
  • Tepung Roti 1kg

  • Garam Halus 1/2 sudu kecil

  • Yis Kering 1 sudu besar

  • Bread Improver 2 sudu kecil

  • Gula Kastor 1/2 cawan

  • Susu Tepung 5 sudu besar

  • Telur Saiz B 1 biji

  • Air Sejuk 550ml

  • Marjerin 7 sudu besar


  • BAHAN PENYEDIAAN HIASAN UNTUK DALAMAN PAU SAMBAL IKAN BILIS
  • Timun 1 batang (dihiris secara bulat)

  • Daun Salad ( dicarik dengan saiz yang bersesuaian)

cara penyediaan

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK SAMBAL IKAN BILIS
  • Langkah pertama adalah kisarkan bahan berikut (bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, cili kering, ikan bilis) sehingga halus bersama dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak, dan gorengkan ikan bilis sebanyak 300g itu. Goreng sehingga ikan bilis menjadi garing dan keperangan.
  • Selepas itu, ambil sedikit minyak dari gorengan ikan bilis tersebut dan tumis sekejap bawang besar yang telah dihiris. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar halus dan gaul sekejap. Masak sambal ini sehingga ia pecah minyak dan menjadi sedikit pekat.
  • Masukkan pula bahan ini iaitu sos tiram, air dari pati asam jawa, gula melaka, dan juga sedikit gula putih ke dalam periuk. Masakkan sambal ini dalam lingkungan masa 15 minit.
  • Akhir sekali masukkan bawang holland yang telah siap dihiris dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng ke dalam sambal dan gaul sebati.
  • Siap

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK DOH PAU
  • Langkah pertama adalah panaskan sedikit minyak bersama dengan majerin. Panaskan ia sehingga mendidih.
  • Sediakan 1 mangkuk berasingan, masukkan tepung roti ke dalam mangkuk tersebut dan masukkan cairan minyak yang telah dimasak tadi.
  • Kemudian masukkan pula garam halus dan juga yis kering ke dalam mangkuk tepung roti. Pastikan kedua-dua bahan tersebut tidak diletakkan sekali. Gaul yis kering dan juga garam halus dengan tepung roti dahulu.
  • Selepas itu masukkan pula bread improver ke dalam mangkuk berserta dengan susu tepung dengan gula kastor. Uli bahan-bahan tersebut.
  • Masukkan pula telur 1 biji dan juga masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
  • Jika adunan yang diuli menjadi bergumpal, masukkan pula marjerin ke dalam adunan dan uli sehingga doh menjadi licin, tidak melakat dan juga kenyal.
  • Ambil doh yang telah siap diuli tadi dan biarkan seketika. Ini untuk proses menjadikan doh tersebut mengembang.
  • Jika doh sudah kelihatan mengembang, tumbuk-tumbuk permukaan doh tersebut. Ini bagi mengeluarkan udara yang terdapat di dalam doh.
  • Kemudian ambil 1 dulang, alaskan dengan kertas minyak dan tabur sedikit tepung. Buatkan doh berbentuk bulat dan susun di atas dulang tersebut. Pastikan doh yang dibuat bulat seberat 35gram.
  • Selepas itu pananskan minyak dan goreng doh tersebut. Goreng dengan api yang perlahan sehingga doh menjadi keperangan. Pastikan doh menjadi keperangan di bahagian bawah dan juga di bahagian atas.
  • Siap dan toskan minyaknya.

  • CARA PENYEDIAAN HIASAN UNTUK DALAMAN PAU SAMBAL IKAN BILIS
  • Langkah pertama adalah hiriskan timun secara membulat.
  • Carikkan daun salad dengan ukuran bersesuaian pau yang telah digoreng tadi.
  • Belahkan pau tersebut menjadi dua. Pastikan jangan belah sehingga terputus menjadi dua bahagian.
  • Kemudian masukkan sambal ikan bilis, hirisan timun dan juga salad ke dalam pau.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Sewaktu memasukkan garam dan juga yis kering ke dalam mangkuk, pastikan kedua-dua bahan ini tidak diletakkan sekali. Sebaiknya gaulkankan bahan tersebut bersama tepung roti dahulu. Ini untuk mengelakkan yis tersebut rosak.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.