Resepi Kuih Serawa Labu Manis : Mudah Sangat

Resepi Kuih Serawa Labu Manis

Resepi Kuih Serawa Labu Manis yang akan dimasak ini adalah merupakan sejenis pencuci mulut yang pasti membuatkan sesiapa yang terhidunya akan terasa keinginan untuk nak menjamahnya. Resepi pengat labu ini menggunakan labu sebagai bahan utama serta bahan-bahan sampingan seperti santan dan lain-lai. Dengan kemanisan buah labu ini, ia menjadikan serawa ini enak dan sedap dimakan.

Menu ini juga sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kadangkala ada yang gemar memakan makanan ini secara kosong dan ada yang makan bersama kepingan roti. Dengan langkah penyediaan yang tidak terlalu sukar, ia pasti boleh dihasilkan di dapur rumah anda.

Resepi yang dimasak seakan ini seperti resepi kuih serawa pisang atau ada juga yang mengenali dengan nama pengat pisang. Keenakan resepi ini juga tidak disangkal lagi kerana ramai orang turut menggemarinya. Ia kerana kemanisan dari pisang itu membuatkan sesiapa yang makan terasa kesedapanya.

Resepi Kuih Serawa Labu Manis

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

250

kcal

Resepi Kuih Serawa Labu Manis mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • ½ biji Labu

  • Air ½ cawan

  • 2 sudu besar Gula Putih

  • Daun Pandan 1 mangkuk

  • Gula Melaka ⅓ cawan

  • Sagu ½

  • Garam 1 sudu kecil

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah rendamkan sagu selama 15 minit ke dalam air. Selepas itu tapiskan sagu tersebut dan bilas dengan air.
  • Ambil labu dan kupaskan kulitnya. Kemudian cucikan labu itu sehingga bersih dan potong ia dengan potongan jenis kiub besar.
  • Selepas itu, sediakan 1 periuk untuk dimasak. Masukkan isi labu, air, daun pandan (disimpul), dan gula putih ke dalam periuk. Masakkan kesemua bahan itu sehingga isi labu tersebut menjadi lembut.
  • Jika isi labu yang dimasak sudah lembut, masukkan santan, sagu yang telah siap direndam, dan juga gula melaka. Masak semua bahan itu dengan menggunakan api perlahan dan pastikan sentiasa menggaul supaya santan tidak berketul. Masak sehingga ia mendidih
  • Di akhir sekali, masukkan garam sebagai perasa. Kuantiti garam yang diperlukan ada secukup rasa.
  • Siap resepi serawa labu dan sedia untuk dihidangkan.

Notes

  • Pastikan sagu direndam terlebih dahulu. Ia sekurangnya membantu mengurangkan masa sewaktu memasak serawa.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.