Resepi Kuih Serawa Pisang : Mudah Dan Menyelerakan

Resepi Kuih Serawa Pisang

Resepi Kuih Serawa Pisang yang ditampilkan di bawah atau dikenali dengan nama resepi pengat  pisang ini merupakan resepi yang berasaskan jenih berkuah. Bahan asas nak buat serawa atau pengat pisang ini adalah dengan menggunakan 4 biji pisang. Tempoh masa untuk membuat resepi ini pula tidaklah lama, ia sekitar 10 minit penyediaan manakala 10 minit untuk memasak.

Menu bagi masakan ini dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan satu sudu besar sahaja pasti terasa kenikmatan makanan dibawah. Keenakan serta kemanisan bagi bagi menu ini menjadi pelengkap kepada juadah di waktu petang. Dengan langkah-langkah yang tidak terlalu sukar untuk dilakukan, pasti anda mampu merealisasikan di dapur rumah anda.

Kesedapan masakan ini tidak disangkal lagi. Bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi kuih serawa labu manis, boleh dilihat di resepi ini kerana ada juga segelintir orang yang gemar makanan tersebut. Mungkin ia memberi idea masakan kepada anda untuk menjamu selera bersama keluarga di rumah kerana rasanya juga sedap dan manis.

Resepi Kuih Serawa Pisang

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

250

kcal

Resepi Kuih Serawa Pisang mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Pisang tanduk 4 biji

  • Santan pekat 2 mangkuk

  • Santan cair 2 mangkuk

  • Sagu 1/2 cawan

  • Gula Melaka 2 keping

  • Gula pasir 1/3 cawan

  • 2 helai Daun Pandan

  • Garam (secukup rasa)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah sediakan pisang. Buangkan kulitnya serta potong pisang tersebut dengan hirisan menyerong.
  • Kemudian hirisan pisang itu direndam di dalam air kapur sekurang kurangnya 30 minit
  • Jika sudah mencukupi 30 minit, angkat dan bilas pisang tersebut. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama dengan santan cair, gula melaka, sagu, daun pandan, gula pasir dan juga garam sedikit sebagai cukup rasa. Masakkan kesemua bahan ini dengan menggunakan api perlahan. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul.
  • Selepas itu masukkan pula santan pekat ke dalam periuk bersama bahan tadi. Masak sehingga kuah menjadi mendidih.
  • Tutup api dan siap sedia untuk dihidang

Notes

  • Rendaman pisang bersama dengan air kapur merupakan pilihan samada ingin melakukannya atau pun tidak.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.