Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api : Ramai da Cuba

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ini merupakan menu yang terkenal di Negeri Sembilan Malaysia. Cara masak menu ini adalah sangat mudah untuk disediakan. Ini kerana bahan untuk menyediakannya mudah untuk kita perolehinya.

Menu ini merupakan hidangan yang agak pedas seperti resepi ayam masak merah sehinggakan tidak perlu sambal belacan lagi sewaktu memakannya, tetapi apabila kita yang memasaknya kita boleh mengawal tahap kepedasan bagi kuah cili api tersebut kerana bahan masak lemak cili api ini disediakan sepenuhnya oleh kita.

Bahan nak masak lemak cili api ini terdiri dari 8 jenis bahan. Ia merangkumi 8 jenis bahan yang diperlukan untuk memasak menu ini. Dengan teknik penyediaan di bawah, dapat membantu anda untuk memasak serta dimakan bersama dengan keluarga anda. Hidangan ini pasti menyelerakan.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: AyamCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

hidang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

150

kcal

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api mudah & sedap. Cara Masak Negeri Sembilan ini sememangnya tidak terlalu rumit.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 1/2 ekor (dipotong dengan potongan kecil)

  • 20 biji Cili Padi

  • 1 helai Daun Kunyit

  • Kunyit Hidup 2 ketul

  • 1 batang Serai (diketuk)

  • Asam Keping 1 keping

  • Santan 1 mangkuk besar

  • Garam (secukup rasa)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah basuh serta bersihkan potongan ayam tersebut.
  • Selepas itu sediakan kuali dan panaskan ia di atas api perlahan. Masukkan ayam yang telah dibasuh tadi ke dalam kuali.
  • Panaskan ketulan ayam ini tanpa menggunakan minyak dan masak ia sehingga ketulan ayam menjadi kering. Teknik ini dibuat untuk menghindarkan ketulan ayam menjadi hanyir.
  • Kemudian masukkan pula kunyit serta cili padi ke dalam kuali. Gaulkan ia sekejap sehingga bahan ini sebati bersama ketulan ayam. Jika bahan tersebut sudah sebati, angkat ayam dan letak di tepi dahulu.
  • Selepas itu, masukkan santan serta serai ke dalam kuali tadi. Masakkan sehingga mendidih bahan ini dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Jika sudah mendidih, masukkan pula ketulan ayam bersama-sama daun kunyit serta asam keping ke dalam kuali. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Pastikan kuah yang disediakan ini sentiasa dikacau sehingga ia betul-betul masak.
  • Siap untuk dihidangkan dan letakkan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Notes

  • Jika kuah yang dimasak kelihatan pekat, anda boleh menambahkan sedikit air ke dalam kuali.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.