Resepi Ayam Masak Merah : Simple Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah yang ditampilkan dibawah merupakan menu yang pasti dikenali serta digemari ramai. Ia kerana resepi ayam ini membuatkan ramai orang biasa memakan samada ketika digandingkan bersama nasi tomato ataupun nasi minyak sewaktu kenduri. Selain itu ada diantara rumah kenduri yang turut menyajikan ayam masak kicap. Ia kerana rasanya yang tidak pedas dan boleh dihidangkan kepada kanak-kanak. Kesedapan serta keharuman aroma masakan tersebut amat membangkit selera makan di antara kita.

Penyediaan serta tips bagi resepi masak merah juga tidak terlalu sukar. Ia mampu dimasak oleh anda untuk dihidangkan bersama keluarga. Proses memasak untuk hidangan masak merah mempunyai 2 bahagian. Pertamanya adalah menggoreng akan ayam. Manakala proses keduanya pula adalah menyediakan kuah cili. Selesainya proses menyediakan kuah cili tersebut, terus masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.

Hidangan masak merah juga sesuai dimasak dan dijamu samada di waktu pagi, tengah hari ataupun malam. Dengan penyediaan resepi di bawah serta proses memasak yang mudah dan bahan yang senang untuk dicari, ia sekaligus dapat memberi anda sedikit idea untuk memasak juadah apa untuk dihidangkan sewaktu bersama keluarga anda.

Resepi Ayam Masak Merah

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: AyamCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

hidang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

231

kcal

Resepi Ayam Masak Merah mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ayam

  • 2 biji Bawang Merah(dihiris nipis)

  • Serbuk Kunyit sedikit

  • Daun Kari 3 tangkai

  • Gula Melaka (secukupnya)

  • 3 sudu besar Sos Tiram

  • Serbuk Secukup Rasa 2 sudu kecil

  • Air Asam Jawa 1 mangkuk kecil

  • Garam


  • BAHAN UNTUK DIKISAR
  • 2 inci Halia

  • Bawang Merah 4 biji

  • Lengkuas 2 inci

  • Bawang Putih 5 ulas

  • 2 batang Serai (dihiris)

  • Bawang Besar 1 biji

  • Cili Kering 20 biji


  • BAHAN UNTUK HIASAN
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris secara bulat)

  • Daun Bawang (dihiris 2 inci)

  • Cili Merah (dihiris)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah kisarkan ulas bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, cili kering dan juga serai. Masukkan juga sedikit air ke dalam pengisar.
  • Selepas itu,masukkan ayam ke dalam mangkuk bersama dengan kunyit dan garam sedikit. Perapkan ia sekejap.
  • Kemudian goreng ayam itu sehingga ia berkeadaan separuh masak. Jika sudah separuh masak, angkat dan ketepikan. Sejukkan ia sekejap.
  • Dari periuk yang digoreng ayam itu, keluarkan sedikit minyak. Kemudian masukkan hirisan bawang besar ke dalam minyak bersama daun kari. Tumiskan ia sekejap.
  • Selepas bahan itu menjadi kekuningan, masukkan pula bahan kisar untuk pembuatan sos cili dan masak ia sehingga menjadi pecah minyak.
  • Kemudian masukkan pula sos tiram dan gula melaka ke dalam kuali. Masakkan ia sekejap.
  • Selepas itu masukkan pula ayam yang telah digoreng separuh masak ke dalam kedalam periuk bersama dengan sedikit serbuk cukup rasa serta air asam jawa.
  • Di akhir sekali perasakan dengan garam dan juga masukkan pula hirisan bawang. Masak ia sehingga bawang menjadi layu.
  • Siap untuk dihidang.

Notes

  • Jika diinginkan sambal anda menjadi lebih pedas, boleh lebihkan cili kering sewaktu mengisar di awal tadi.

KALORI HIDANGAN AYAM MASAK MERAH

Kalori Resepi Nasi Ayam Sesudu Gula

Setiap hidangan yang dimakan akan mempunyai kalori yang berbeza. Di ruangan bawah akan dilampirkan jumlah kalori untuk hidangan ayam masak merah.

  • Hidangan – Ayam Masak Merah (1 ketul / 90gram)
  • Jumlah Kalori = 140 kalori

Kalori boleh dibakar dengan cara bersukan. Kiraan masa untuk setiap sukan yang perlu dilakukan untuk membakar 140 kalori tersebut adalah seperti di bawah :-

  • Mengayuh Basikal = 21 Minit
  • Berjalan Kaki = 39 Minit
  • Berjoging = 16 Minit
  • Berenang = 12 Minit

RESTORAN AYAM MASAK MERAH

Hidangan bagi menu masakan ayam sebegini juga menjadi antara hidangan yang pasti dijual samada di restoran mahupun di gerai-gerai yang menjual aneka lauk pauk. Menu ayam yang dimasak seperti ini juga mudah untuk dijumpai di setiap negeri kerana masakan ini disukai serta digemari ramai.

Lauk ayam yang dimasak seperti ini amat enak apabila digandingkan bersama nasi tomato, nasi minyak ataupun nasi kandar. Malah ada juga yang makan masakan ini dengan nasi putih sahaja. Masakan ini kebiasaannya dimasak supaya tidak terasa pedas walaupun rupanya agak kemerahan.

Keenakan nasi tomato ini sering digandingkan bersama dengan beberapa lauk samada seperti ayam yang dimasak masak merah, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, daging masak hitam, kuah dalca dan acar timun sebagai pelengkap rasa kepada hidangan ini.

Bagi restoran yang ingin diketengahkan kali ini adalah restoran nasi tomato yang bernama Nasi Tomato Batu Lancang yang bertempat di negeri Pulau Pinang. Lokasi restoran ini adalah di 25, Lintang Batu Lancang, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang.

Restoran ini menyajikan berbagai lauk pauk dan salah satunya adalah seperti hidangan ayam yang ditampilkan di menu ini. Dengan kualiti serta kesedapan lauk pauknya, ia menjadikan restoran ini satu tempat wajib bagi penggemar nasi tomato jika pergi ke Pulau Pinang.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.