Resepi Mee Rebus Sedap : Sangat Sedap!

Resepi Mee Rebus

Resepi Mee Rebus ini merupakan salah satu hidangan yang dibuat berasaskan mee kuning. Hidangan mee ini sering dimakan samada di waktu tengah hari mahupun di waktu petang. Mee ini juga salah satu menu yang sering kita lihat di restoran-restoran.

Hidangan mee rebus ini digandingkan bersama dengan hirisan-hirisan daging, telur rebus, tauhu goreng sebagai pelengkap kepada mee tersebut. Bagi kuah mee rebus pula, ia menggunakan bahan seperti beberapa biji bawang sebagai bahan kisar, ubi keledek dan lain-lain seperti yang dipaparkan di bawah. Bagi resepi ini juga tidak menggunakan bawang besar serta batang serai.

Resepi Mee Rebus

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: MeeCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

hidang
Masa Penyediaan

20

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

555

kcal

Resepi Mee Rebus mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Mee kuning 1kg dan dicelur

  • 250 gram taugeh dan dicelur

  • Limau kasturi

  • Bawang goreng

  • Telur 3 biji dan direbus

  • Daun sup 1 tangkai dan dihiris halus

  • Sedikit cili merah dan dihiris nipis

  • Sedikit cili hijau/lada hijau dan dihiris nipis

  • Tauhu 3 ketul digoreng serta dipotong secara nipis

  • BAHAN UNTUK KUAH
  • Minyak masak 1 senduk

  • Daging 500g dan dihiris nipis

  • Ubi keledek ungu 2 biji kecil

  • Taucu 2 sudu besar

  • Bawang merah 5 ulas

  • Bawang putih 4 ulas

  • Halia 2cm

  • Udang kering 1 sudu besar yang telah direndam

  • Serbuk kari daging 2 sudu besar

  • Air 6 cawan

  • Serbuk kacang tanah 1/2 cawan (kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar halus)

  • Lengkuas 2cm (diketuk)

  • Tomato 1 biji dan dipotong dengan potongan dadu

  • Gula dan garam secukup rasa

cara penyediaan

  • Langkah pertama rebus ubi keledek hingga ia menjadi masak dan lenyekkan ubi tersebut sehingga halus.
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih,halia dan udang kering yang telah direndam itu.
  • Kemudian panaskan minyak, tumis dan goreng bahan yang telah dikisar sehingga ia menjadi wangi serta naik bau.
  • Selepas itu masukkan rempah kari daging dan taucu. Masakkan bahan tersebut sehingga ia pecah minyak. Dan kemudian masukkan hirisan daging dan gaul sehingga ia menjadi sebati.
  • Langkah seterusnya masukkan air dan ubi keledek yang telah dilenyek sebentar tadi. Masakkan bahan-bahan tersebut hingga ia mendidih.
  • Kemudian masukkan serbuk kacang, tomato dan juga lengkuas. Didihkan kuah tersebut sehingga ia menjadi pekat. Perasakan kuah tersebut dengan garam dan gula secukupnya.
  • Akhir sekali, celurkan mee dan tuangkan kuah yang dibuat tadi ke atasnya. Hiaskan dengan tauhu, hirisan cili hijau serta cili merah, sedikit taugeh dan juga sepotong limau kasturi.

Notes

  • Selain serbuk kacang, penggunaan tepung jagung juga boleh digunakan untuk memekatkan kuah. Tetapi penggunaan serbuk kacang membuatkan kuah menjadi lebih sedap.
  • Air rebusan daging yang dilakukan untuk proses melembutkan daging itu boleh dibuat sebagai air rebusan. Ia boleh digunakan sewaktu langkah ke 5 seperti di atas.

Restoran Mee Rebus

Bagi hidangan mee ini, ia juga merupakan menu yang dijual di restoran-restoran. Antara restoran yang menghidangkan menu ini adalah seperti di Restoran Mee Abu yang bertempat di Alor Setar Kedah. Restoran ini menyajikan menu mee rebus yang amat enak dan disukai ramai.

Menu mee yang berbagai di restoran ini membuatkan ramai pelanggan samada penduduk tempatan atau pelancong dari luar datang singgah untuk menjamu selera di situ. Dengan harga yang berpatutan serta hidangan yang sedap, pasti anda turut menyukainya.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.