Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh : Mudah & Sedap!

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh ini mudah dan merupakan resepi yang enak serta amat menyelerakan bagi peminat lontong. Lontong atau dikenali sebagai nasi impit adalah bahan yang digunakan untuk disatukan bersama dengan kuah lodeh tersebut. Penyediaan bagi resepi ini juga tidaklah sukar, ini kerana ia hanya menggunakan beberapa bahan seperti sayur, beberapa bahan kisar seperti 1 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 inci kunyit hidup. Manakala bahan lain juga terdiri dari batang serai yang diketuk serta santan samada santan pekat dan boleh juga digunakan santan cair.

Kuah lodeh ini juga sedap disebabkan rasanya yang lemak dan mempunyai rasa yang sedap serta pasti anak-anak anda juga menggemarinya apabila dimakan dengan lontong. Menu ini juga turut dihidangkan di hari raya bersama dengan hidangan rendang ayam. Dengan langkah-langkah di bawah ini, anda boleh memasak di rumah dan dapat menikmati lontong kuah lodeh bersama keluarga.

Selamat mencuba!!

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: NasiCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

10

hidang
Masa Penyediaan

45

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

150

kcal

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh mudah & sedap. Masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Lengkuas 2 inci (diketuk)

  • Serai 2 batang (diketuk)

  • Udang 500gram

  • Santan 1 kotak

  • Karot 1 batang (dipotong dengan potongan memanjang)

  • Kacang Panjang 8 batang (dipotong)

  • Sengkuang 1/2 biji (dipotong panjang)

  • Tempe 1 bungkus (dipotong dengan potongan kiub)

  • Tauhu 3 ketul ( dipotong dengan potongan kiub)

  • Suun 1 genggam

  • Fucuk 4 keping (direndam sehingga ia menjadi lembut dan potong dengan potongan panjang 1 inci)

  • Kubis 1/4 biji ( dicincang)


  • BAHAN UNTUK DIKISAR HALUS
  • Bawang Besar 1 biji

  • Bawang Putih 3 ulas

  • Kunyit Hidup 2 inci

  • Halia 1 inci

  • Udang Kering 3 sudu besar ( perlu direndam seketika dengan air)


  • BAHAN UNTUK DIGANDINGKAN BERSAMA
  • Nasi Impit (yang telah siap direbus)

  • Telur (yang telah siap direbus)

  • Tempe ( digoreng sehingga garis dan dihiris dengan potongan yang nipis)

  • Ikan Bilis Kecil (yang telah siap digoreng garing)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah bersihkan udang. (Bebas samada mahu buang kepala atau buang kulitnya sahaja)
  • Masukkan minyak masak sedikit ke dalam periuk dan panaskan sekejap, selepas itu tumiskan bahan yang telah dikisar halus. Tumis bahan ini sehingga naik bau dan menjadi kekuningan. Kemudian masukkan pula serai dan lengkuas yang telah siap diketuk.
  • Selepas itu masukkan potongan karot bersama-sama dengan kacang panjang dan juga potongan sengkuang. Masak sehingga sayur ini menjadi lembut.
  • Kemudian masukkan pula kubis yang telah dicincang, suun, tauhu, fucuk dan tempe kedalam periuk. Masak pula bahan ini sehingga ia lembut.
  • Jika telah lembut, masukkan santan pekat pula ke dalam periuk dan pastikan dimasak di atas api yang perlahan. Setelah santan dimasuk, perlu dikacau sentiasa dengan perlahan supaya santan yang dimasukkan tidak menjadi berketul. Jika kuah yang dimasak menjadi sedikit pekat, boleh ditambahkan sedikit air ke dalamnya.
  • Setelah kuah siap, hidangkan ia bersama-sama dengan potongan lontong, hirisan tempe goreng, telur rebus serta ikan bilis yang telah siap digoreng.

Notes

  • Jika menginginkan rasa yang pedas, boleh dimasukkan sedikit sambal sotong mahupun sambal ikan bilis. (Kedua-dua jenis sambal ini boleh disediakan secara berasingan, tidak termasuk dalam aturcara resepi di atas)

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.