Resepi Kuey Teow Goreng : Mudah Dimasak

Resepi Kuey Teow Goreng

Resepi Kuey Teow Goreng ini merupakan diantara resepi untuk kuey teow. Proses untuk memasak kuey teow dengan cara sebegini hanya memakan masa 15 minit sahaja. Penyediaan untuk masakan ini mempunyai 13 bahan yang mudah untuk disediakan.

Menu ini sering dibuat sebagai menu di waktu pagi ataupun di waktu petang malah resepi goreng ini amat disukai selain dari masakan mee goreng. Dengan cara memasak yang mudah ia pasti boleh dilakukan oleh anda dan dapat dinikmati bersama seisi keluarga.

Resepi Kuey Teow Goreng

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MeeCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

351

kcal

Resepi Kuey Teow Goreng mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Kuey Teow 1 bungkus

  • Minyak Masak sedikit

  • Isi Udang 200gram

  • Isi Ayam 200gram

  • Kek Ikan 2 keping

  • Cili Kisar 3 sudu besar

  • 2 ulas Bawang Putih

  • Bawang Merah 2 ulas

  • Telur 1 biji

  • Ikan Bilis 20gram

  • Daun Kuchai

  • Taugeh sedikit

  • Sos Ikan 1 sudu besar

  • Sos Tiram

  • Kicap Pekat

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah tumbuk kasar bahan berikut ( bawang besar, bawang merah dan juga ikan bilis).
  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk kasar tadi dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau dan masukkan pula isi udang, isi ayam dan juga hirisan kek ikan.
  • Selepas itu masukkan pula sos tiram, kicap dan juga sos ikan. Masakkan sehingga ia kelihatan sedikit kering. Kemudian masukkan telur ke dalam kuali dan kacau ia sehingga ia menjadi hancur.
  • Masukkan pula kuey teow ke dalam kuali. Gaul ia sehingga sebati bersama bahan-bahan tersebut.
  • Jika kuew teow sudah sebati, masukkan pula sayur taugeh dan juga daun kucai. Perasakan ia dengan gula dan juga garam secukup rasa mengikut kesesuaian yang diinginkan. Goreng seketika untuk bahan perasa sebati dengan kuew teow.
  • Siap untuk dihidangkan. Letakkan sedikit hirisan cili sebagai hiasan.

Notes

  • Sewaktu proses memasukkan gula dan juga garam sebagai perasa, pastikan anda merasa sedikit kuew teow, ini untuk mengelakkan dari terlebih masin.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.