Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa : Macam Restoran!

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa kali ini adalah resepi yang menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan adalah jenis ikan siakap. Penggunaan ikan ini sebagai masakan tiga rasa adalah yang paling disukai ramai selain dari masakan ikan siakap masak lemon. Ini adalah kerana masakan ini mempunyai rasa manis, masam serta pedas. Jika ikan jenis ini tidak ada, anda boleh juga menggunakan ikan lain di dalam masakan ini.

Penyediaan bagi resepi ini menggunakan dengan beberapa bahan yang mudah untuk dicari. Proses memasaknya pula hanya memakan masa dalam anggaran 20 minit. Menu ikan ini sangat enak dan sedap bila digandingkan bersama dengan nasi panas. Dengan langkah-langkah yang dipaparkan di bawah ini, anda boleh menyediakan Ikan Siakap 3 Rasa di dapur rumah anda.

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: IkanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

1

ekor
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

35

minutes
Kalori

220

kcal

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN


  • BAHAN UNTUK MENGGORENG
  • 1 Ekor Ikan Siakap

  • Tepung Jagung 2 sudu besar

  • Garam sedikit

  • Kunyit sedikit


  • BAHAN UNTUK KUAH 3 RASA
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)

  • 3 biji Bawang Merah (dicincang halus)

  • 1 inci Halia (dicincang halus)

  • 1 biji Bawang Besar (dipotong dengan potongan bulat)

  • 1 biji Tomato (dipotong secara dadu)

  • Bunga Kantan 1 batang ( dihiris nipis)

  • 1 batang Serai (diketuk)

  • Cili Padi 6 biji (dihiris nipis)

  • Cili Merah 1 biji (dihiris nipis)

  • Cili Kisar 2 sudu besar

  • Sos Cili 4 sudu besar

  • Sos Tomato 3 sudu besar

  • Sos Tiram 1 sudu besar

  • Sos Ikan 1 sudu besar

  • 2 helai Daun Limau Purut

  • Daun Bawang (untuk hiasan)

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah sediakan ikan siakap. Basuh dan bersihkan ikan tersebut. Jika ikan telah siap dibersihkan, lumurkan ikan tersebut dengan kunyit, garam serta tepung jagung.
  • Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan tersebut. Goreng sehingga mendapat kondisi yang garing. Keluarkan ikan dari kuali dan biarkan ia seketika.
  • Selepas itu, sediakan 1 kuali yang berasingan. Letakkan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili kisar, dan juga bawang merah. Tumis bahan berikut sehingga pecah minyak.
  • Jika sudah pecah minyak, masukkan pula serai, bunga kantan, haila dan juga cili padi. Kacau seketika kesemua bahan ini.
  • Kemudian masukkan pula potongan tomato, sos tomato, sos cili, sos ikan dan juga sos tiram. Kacau seketika dan masakkan bahan ini sehingga mendapat kuah yang pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Selepas itu masukkan pula daun limau purut. Lakukan kembali proses mengacau sehingga kuah menjadi sebati.
  • Letakkan ikan di dalam bekas yang ingin dihidangkan, kemudian tuangkan sos 3 rasa ini ke atasnya.
  • Di akhir sekali letakkan sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Jika kuah yang dimasak kelihatan pekat, boleh letakkan sedikit air untuk menjadikan ia sedikit cair. Dan masakkan ia sehingga ia mendidih.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.