Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam : Menu Menyelerakan

Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam

Resepi Ikan Bakar dan Air Asam yang sedap ini adalah ikan yang dimasak secara bakar, dan digandingkan bersama dengan air asam. Cara untuk masak bagi resepi ini juga mudah untuk anda hasilkan. Lauk sebegini sememangnya membuatkan kita yang melihat atau terbau akan keharumannya menjadi lapar. Keenakan gandingan dua perkara ini sekaligus sudah cukup dimakan bersama nasi panas.

Menu ini sesuai dibuat lauk samada sewaktu makan tengah hari ataupun dibuat makan malam. Kebiasaanya ikan yang digunakan adalah ikan kembung. Ini disebabkan ikan sebegini isinya lembut walaupun kita membakarnya.

Jika menginginkan menu tambahan untuk digandingkan bersama ikan yang dimasak seperti ini, boleh juga mencuba resepi kerabu daging. Ia pasti lebih membangkit selera makan anda disebabkan rasa yang ditampilkan kedua-dua ini amat sedap sekali.

Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: IkanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

ekor
Masa Penyediaan

30

minutes
Masa Masak

40

minutes
Kalori

180

kcal

Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN IKAN BAKAR
  • 5 ekor Ikan Kembung

  • Daun pisang (5 helai dan saiz yang sesuai untuk balut ikan sewaktu bakar)

  • Minyak sedikit (disapu pada permukaan pemanggang)

  • BAHAN PES IKAN BAKAR
  • Bawang Merah 3 biji

  • Bawang Putih 2 ulas

  • Kunyit Hidup 1 ketul

  • Halia 1/2 inci

  • Serai 1 batang

  • Lengkuas 1/2 inci

  • Cili Kisar 1/2 sudu besar

  • Serbuk Kari Ikan 1/2 sudu besar

  • Air Asam Jawa 2 sudu besar

  • Minyak Masak 1 senduk

  • Gula 1 sudu kecil

  • Air sedikit

  • BAHAN AIR ASAM
  • Air Asam Jawa 1 mangkuk

  • Cili Padi 15 biji

  • Cili merah 1 biji

  • Belacan 1 inci

  • Bawang besar 1/2 biji

  • Tomato 2 biji

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa

  • Limau Nipis (Diperah dan digunakan sedikit sahaja)

cara penyediaan

  • CARA-CARA PENYEDIAAN PES UNTUK IKAN BAKAR
  • Langkah pertama adalah kisarkan lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan juga batang serai sehingga halus. Kisarkan bahan tersebut bersama satu sudu besar kari ikan, cili kisar dan juga sedikit air asam jawa. Tambahkan sedikit garam sebagai perasa dan juga air untuk memudahkan bahan kisaran menjadi sebati
  • Kemudian panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga bahan tersebut pecah minyak.
  • Masukkan sedikit gula ke dalam kuali.
  • Jika kelihatan bahan yang ditumis itu pekat, tambahkan sedikit air dan masak ia seketika.

  • CARA PENYEDIAAN IKAN BAKAR
  • Langkah pertama adalah kelarkan ikan dahulu dan lumurkan pes ikan yang dibuat tadi ke ikan. Lumurkan di kesemua bahagian termasuk di bahagian dalam ikan juga.
  • Selepas itu balutkan ikan tersebut dengan menggunakan daun pisang
  • Masukkan sedikit minyak ke atas pemanggan dan bakarkan ikan tersebut dengan api yang bersesuaian. Sebaiknya gunalah api sederhana.
  • Panggang ikan tersebut sehingga kelihatan ia sudah masak.

  • CARA-CARA UNTUK PENYEDIAAN AIR ASAM JAWA
  • Langkah pertama adalah potongkan bawang besar dalam potongan yang kecil
  • Cili merah, cili padi dan juga tomato dihiris dengan potongan kasar.
  • Selepas itu, masukkan belacan, air asam jawa, cili padi, garam dan gula secukup rasa ke dalam pengisar. Kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga menjadi halus.
  • Kemudian, masukkan bahan yang dikisar itu dimasukkan bersama ke dalam mangkuk bersama bahan yang dipotong kasar sebentar tadi. (Langkah ke 2).
  • Gaulkan bersama bahan berikut sehingga ia sebati dan perahkan sedikit perahan air limau nipis. Jika mempunyai rasa yang kurang, boleh tambahkan gula atau garam untuk mendapat rasa yang diinginkan.
  • Siap untuk dihidang dan dimakan bersama ikan bakar.

Notes

  • Penggunaan daun pisang samasa memanggang adalah satu langkah yang terbaik. Selain boleh mengelak isi ikan melekat di pemanggang, ia sekaligus membuatkan isi ikan menjadi harum dengan aroma daun pisang tersebut.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.