Resepi Daging Masak Hitam : Mudah Untuk Dipelajari

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam ini adalah menu yang sering kita lihat ketika di rumah kenduri. Juadah yang berasaskan daging lembu ini merupakan antara menu yang paling disukai ramai kerana rasanya yang sedap bila digandingkan bersama dengan hirisan daging. Ia sekaligus sesuai dibuat lauk samada dengan nasi minyak mahupun dengan nasi putih sahaja.

Proses penyediaan yang mudah dan sedap mampu dimasak oleh sesiapa sahaja dan bahan-bahan yang digunakan senang untuk dicari, ia boleh dipraktik oleh anda untuk dibuat sebagai menu masakan sewaktu tengah hari mahupun dibuat menu masakan malam.

Bagi menu daging ini, ia sangat sesuai digandingkan bersama dengan resepi nasi minyak. Ini kerana gabungan antara kedua-dua ini amat membangkit selera. Serta tekstur bagi nasi minyak itu membuatkan kuah masak hitam ini amat sesuai apabila diletakkan bersama.

Resepi Daging Masak Hitam

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

30

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

120

kcal

Resepi Daging Masak Hitam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Daging Lembu 500g

  • 1 batang Serai diketuk

  • Daun Pandan 1 helai

  • Kayu Manis 1 batang

  • Buah Pelaga 5 biji

  • Bunga Lawang 2 kuntum

  • Bunga Cengkih 2 biji

  • Cili Kisar 2 sudu besar

  • Tomato 1 biji (dihiris nipis)

  • Kicap Manis


  • BAHAN PERAPAN
  • Sos Tiram 1 sudu besar

  • Kicap Manis 1 sudu besar

  • Serbuk Jintan Putih 1 sudu besar

  • Serbuk Ketumbar 1 sudu besar

  • Serbuk Jintan Manis 1 sudu kecil


  • BAHAN TUMBUK HALUS
  • 3 ulas Bawang Putih

  • 4 biji Bawang Merah/Bawang Besar

  • Halia 1 inci

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiriskan daging mengikut saiz yang diinginkan.
  • Kemudian perapkan daging tersebut dengan menggunakan bahan tumbuk halus tadi dan juga dengan bahan perapan. Perapkan daging itu sekurang-kurangnya selama setengah jam.
  • Selepas itu panaskan minyak. Tumiskan serai, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serai dan bunga cengkih. Tumiskan ia dengan menggunakan sedikit minyak sahaja.
  • Masukkan cili kisar bersama dengan bahan di atas dan tumis ia bersama. Masak sehingga pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan pula tomato. Masak tomato sehingga kelihatan lembut.
  • Langkah seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Kemudian tambahkan kicap manis dalam sukatan secukupnya.
  • Masakkan sehingga daging kelihatan empuk dan kuah yang dimasak itu menjadi pekat.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Perlu diingat, hirisan daging memainkan peranan samada daging itu dapat dimakan secara lembut atau pun liat. Tipsnya adalah perlu menghiris daging itu melintang arah urat supaya daging yang dihiris mudah untuk dimakan.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.