Resepi Daging Kambing Masak Kurma : Enak Dimakan

Resepi Daging Kambing Masak Kurma

Resepi Daging Kambing Masak Kurma ini merupakan salah satu resepi yang amat diminati oleh ramai orang dan mudah untuk disediakan. Ini disebabkan penggunaan daging kambing ia menjadikan masakan kurma ini bertambah sedap kerana daging dan masak kurma ini amat enak dimakan dengan nasi panas. Tekstur daging kambing yang jika dimasak dengan cara yang betul akan menjadi lembut untuk dijamah. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang memasak daging masak kurma dengan menggunakan daging lembu mahupun daging ayam.

Masakan daging masak kurma ini juga sesuai dihidangkan samada di waktu tengah hari ataupun dibuat sebagai makan malam bersama keluarga. Keenakan masakan dimasak sebegini juga tidak sesukar yang digambarkan, anda pasti boleh merealisasikan di dapur rumah anda.

Hidangan ini amat enak jika dimakan bersama dengan nasi minyak. Cara penyediaan bagi nasi ini juga yang tak sukar untuk dimasak serta amat mudah untuk dilakukan oleh anda. Dengan gandingan kedua-dua masakan ini, pasti membuka selera makan anda sekeluarga. Dengan gandingan kedua-dua masakan ini, ia sepastinya membuka selera makan anda sekeluarga kerana sedap dan menyelerakan.

Resepi Daging Kambing Masak Kurma

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

8

orang
Masa Penyediaan

30

minutes
Masa Masak

1

hour 

30

minutes
Kalori

220

kcal

Resepi Daging Kambing Masak Kurma mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Daging Kambing 1kg

  • Minyak (1 senduk)

  • Santan Pekat 2 cawan

  • Cili Hijau 3 biji (dibelah dua)

  • Kentang 4 biji (dipotong dadu dengan saiz yang besar)

  • Karot 1 batang (dipotong dadu dengan saiz yang besar)

  • Bawang Besar 2 biji ( dipotong 4)

  • Air Asam Jawa 1/2 cawan

  • Gula Melaka sedikit

  • Garam (secukup rasa)


  • BAHAN BANCUHAN PES KURMA
  • Serbuk Rempah Kurma Daging 5 sudu besar

  • Jintan Manis 1 sudu besar

  • Serbuk Ketumbar 1 sudu besar


  • BAHAN PENYEDIAAN TUMBUK HALUS
  • 8 biji Bawang Merah

  • 5 ulas Bawang Putih

  • Halia 2 inci


  • BAHAN PENYEDIAAN REMPAH TUMIS
  • 1 batang Kulit Kayu Manis

  • Buah Pelaga 5 biji

  • Bunga Lawang 2 kuntum

  • Cengkih 4 batang

  • Daun Kari 2 tangkai

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah masukkan minyak ke dalam periuk dan panaskan. Selepas itu masukkan bahan untuk rempah tumis (seperti kulit kayu manis serta lain-lain) dan juga bahan yang telah ditumbuk halus (bawang putih, bawang merah dan halia). Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga ia naik bau dan menjadi kekuningan.
  • Kemudian masukkan pula bancuhan pes kurma yang telah dibuat tadi. Gaulkan bersama bahan tumisan tadi sehingga ia pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan daging dan kacau rata daging tersebut bersama bahan tumisan tadi sehingga sebati di dalam periuk. Masakkan ia seketika, kemudian masukkan air sehingga ketulan daging kambing itu menjadi tenggelam. Masakkan daging kambing ini sehingga ia empuk dan menjadi lembut.
  • Jika daging empuk, masukkan santan, air asam jawa, santan, karot, cili hijau, 4 biji ubi kentang (ubi kentang dipotong dadu) serta bawang besar. Masakkan ia seketika sehingga bahan-bahan ini menjadi empuk.
  • Selepas itu, masukkan garam dan gula melaka. Kuantiti garam adalah secukup rasa.
  • Siap dan boleh dihidangkan daging kurma ini.

Notes

  • Sewaktu menumis pes rempah kurma, jika pes tersebut menjadi sedikit pekat, masukkan sedikit air ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk mengelakkan rempah yang dimasak menjadi hangus.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.