Resepi Daging Goreng Kunyit : Mudah Disediakan

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit ini merupakan salah satu jenis masakan yang berasaskan daging. Masakan ini dikenali dengan nama sebegitu disebabkan ramuan yang digunakan adalah serbuk kunyit. Selain dari itu, bahan yang turut digunakan terdiri bahan-bahan yang pasti boleh dibeli di kedai-kedai biasa.

Menu bagi masakan ini sedap dan juga sesuai dibuat sebagai hidangan di tengah hari mahupun dibuat sebagai menu hidangan di waktu malam. Keenakan daging lembu yang digoreng sebegini pasti membuka selera anda bersama keluarga.

Masakan berasaskan daging memang amat enak dimakan. Bagi penggemar daging, boleh juga mencuba resepi daging masak merah. Hidangan yang tidak terlalu pedas ini amat sesuai untuk dimakan samada golongan dewasa mahupun untuk dihidangkan kepada anak-anak anda.

Resepi Daging Goreng Kunyit

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

494

kcal

Resepi Daging Goreng Kunyit mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Daging 1/2kg

  • Minyak secukupnya (digunakan bagi menumis)

  • Bawang Putih 2 ulas ( dicincang dengan halus)

  • Karot (dihiris secara memanjang)

  • Lada Benggala Hijau (dipotong Dadu)

  • Cili Merah 1 biji (dihiris menyerong)

  • Daun Bawang (dihiris nipis)


  • BAHAN UNTUK PERAPAN DAGING
  • Serbuk Kunyit 1 sudu besar

  • Serbuk Ketumbar 1 sudu kecil

  • Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil

  • Garam sedikit

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiriskan daging dengan potongan yang nipis. Selepas itu cuci daging tersebut sehingga bersih.
  • Sebatikan daging yang telah dibersihkan tadi bersama dengan bahan untuk perapan. Gaul sehingga ia sebati dan biarkan ia seketika.
  • Selepas daging siap diperap, ambil hirisan perapan daging tersebut dan goreng daging di dalam kuali sehingga air daging menjadi kering.
  • Jika air daging kelihatan sudah pun kering, masukkan pula hirisan bawang putih dan gaul ia sehingga bawang kelihatan menjadi kekuningan.
  • Selepas itu masukkan pula karot, lada benggala dan cili merah yang telah dihiris. Gaul daging dan bahan-bahan tersebut seketika.
  • Kemudian masukkan bawang besar dan masakkan ia sehingga bawang kelihatan layu.
  • Tutup api dan hidangkan ia bersama dengan hirisan daun bawang yang telah dihiris tadi.

Notes

  • Pastikan potongan daging dihiris dengan potongan yang betul supaya daging yang dimasak lembut untuk dimakan.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.