Resepi Ayam Masak Kicap : Sangat Mudah & Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap ini sangat mudah disediakan dan rasanya sangat sedap sememangnya menjadi menu kesukaan seisi keluarga. Terdapat pelbagai cara memasak resepi ini. Rahsia bagi masakan ini pastilah kuah kicap yang pekat, pedas, lemak, manis dan masin secukup rasa. Cukup hanya dengan satu menu ini sahaja dipadankan dengan nasi panas sudah semestinya sangat menyelerakan.

Rahsia untuk menghasilkan ayam dengan kuah kicap yang pekat dan pedas secukup rasa, pastikan bahan tumisan ditumbuk halus serta cili dikisar bagi memekatkan kuah kicap. Resepi ini juga menggunakan beberapa biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, serbuk kunyit dan kicap. Jika menginginkan rasa pedas, boleh letakkan cili padi.

Resepi Ayam Masak Kicap

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: AyamCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

3

hidang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

266

kcal

Resepi Ayam Masak Kicap mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 1/2 ekor

  • Garam sedikit

  • Kunyit sedikit

  • Minyak Masak 1 mangkuk

  • Cili Kisar 2 sudu besar

  • Sos Tomato 3 sudu besar

  • Sos Tiram 2 sudu besar

  • Kicap Manis

  • Cili Merah

  • Air sedikit

  • Air Asam Jawa 2 sudu besar

  • Bawang Besar 1 biji dihiris secara bulat

  • BAHAN UNTUK DITUMBUK HALUS
  • Bawang Putih 3 ulas

  • Bawang Merah 4 biji

  • Halia 2 inci

cara penyediaan

  • Ayam yang dipotong digaul bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan masukkan ayam, gorengkan sehingga ia berkeadaan separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.
  • Ambil sedikit minyak daripada gorengan ayam tadi untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  • Seterusnya masukkan pula cili yang dikisar, sos tiram, sos tomato beserta ayam dan kacau seketika.
  • Kemudian masukkan pula kicap (agak-agak ikut berapa banyak kuah yang kita suka), seterusnya cili merah dan sedikit air dan kacau seketika.
  • Tutup kuali seketika, kemudian masukkan hirisan tomato serta bawang besar. Kacau sehingga bawang sedikit layu dan boleh padamkan api.
  • Tutup dan biarkan sehingga ayam tersebut masak, selepas itu masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja sehingga bawang kelihatan sedikit layu dan terus padamkan api.
  • Masukkan cili serta daun bawang di atas hidangan.

Notes

  • Untuk menghasilkan kuah kicap yang lebih sedap pekat berminyak, boleh lebihkan minyak semasa menumis bahan-bahan tumisan. Lebihan minyak boleh dibuang sedikit apabila sudah siap dimasak.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.