Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit ini merupakan antara resepi ayam yang paling senang dan sangat sedap. Disebabkan cara penyediaannya masak ayam yang paling mudah dan tidak menggunakan tepung jagung, maka proses untuk menghasilkannya juga sangat cepat sekali. Cara masak ayam goreng kunyit yang ringkas ini membuatkan ramai orang pasti boleh menyediakannya kerana bahan yang digunakan mudah untuk mendapatkannya.
Resepi ini sangat sesuai dibuat samada sebagai menu lauk untuk tengah hari digandingkan bersama sambal cili padi mahupun sebagai menu lauk makan malam. Ia sememangnnya akan membuka selera apabila dipadankan dengan nasi yang panas dan disukai oleh ramai orang. Selamat mencuba.
Restoran Ayam Goreng Kunyit
Hidangan bagi makanan ini sering terjual kerana ramai pelanggan menggemarinya. Sering kali kita pasti terlihat menu ini di buku menu di setiap restoran. Ini kerana menu bagi masakan ini amat dikenali serta merupakan diantara menu yang pasti membuka selera.
Bagi restoran yang memfokuskan bagi menu ini adalah Restoran Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit. Restoran ini menyajikan menu ini sebagai menu utama mereka. Dengan harga yang berpatutan ia menjadi tumpuan dan disukai ramai.
Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.