Cara Membuat Nasi Lemak Sedap

Cara Membuat Nasi Lemak Sedap

Resepi Nasi Lemak di bawah ini menerangkan kaedah yang betul cara membuat nasi lemak sedap dan mudah. Manakan tidak, resepi nasi lemak ini merupakan antara menu yang akan dihidangkan di waktu pagi di setiap rumah di Malaysia. Keenakan menu ini membuatkan ramai orang yang memilih untuk bersarapan dengannya kerana sedap dan mengenyangkan.

Teknik untuk cara buat yang sedap menu ini mempunyai beberapa langkah. Diantaranya cara masak nasi lemak yang menggunakan santan, cara untuk menyediakan sambal tumis, dan juga cara untuk menyediakan bahan sampingan untuk melengkapkan menu nasi lemak ini. Dengan teknik mudah dan sedap yang ditunjukkan di sini, anda mampu membuatnya sendiri di rumah.

Jika anda menginginkan tambahan lauk untuk menggandingkan dengan sepinggan nasi lemak ini, boleh lah mencuba ayam goreng kunyit ini. Pasti hidangan anda akan menjadi lebih menyelerakan.

Resepi Nasi Lemak

5 from 2 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: NasiCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

8

orang
Masa Penyediaan

45

minutes
Masa Masak

1

hour 

30

minutes
Kalori

760

kcal

Cara membuat Nasi Lemak sedap & mudah. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN


  • BAHAN UNTUK DIKISAR (PENYEDIAAN SAMBAL)
  • Bawang besar 1 ½ biji

  • Bawang merah 5 biji

  • Bawang putih 4 ulas

  • Halia ½ inci

  • 30 biji cili kering

  • Belacan ½ inci

  • Ikan bilis separuh cawan

  • Air sedikit


  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK SAMBAL TUMIS
  • Minyak masak 1 cawan

  • Bawang besar separuh

  • Air Asam Jawa

  • Gula Melaka

  • Bawang Holland 1 biji

  • Daun Pandan 1 helai

  • Garam secukup rasa


  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK NASI LEMAK
  • Bawang Merah kecil 1 biji

  • Halia 1 inci

  • Beras 3 cawan

  • Santan 4 ½ cawan (dicampur air)

  • Daun pandan 1 helai

  • Halba ½ sudu kecil

  • Garam secukup rasa


  • BAHAN PENYEDIAAN UNTUK HIDANG
  • Kacang Tanah (yang telah digoreng)

  • Ikan Bilis (yang telah digoreng)

  • Telur Rebus

  • Telur Goreng

  • Timun ( dipotong secara membulat)

cara penyediaan


  • CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS
  • Langkah pertama adalah perlu rebuskan dahulu cili kering. Rebuskan dengan sukatan air dengan secukupnya. Kemudian toskan airnya dan kisarkan cili kering yang telah direbus itu.
  • Selepas itu hiriskan bawang besar dengan potongan halus dan tumiskan sekejap bersama sedikit minyak. Tumis sekejap supaya tekstur bawang menjadi lembut.
  • Selepas itu masukkan bahan yang dikisar halus (bahan penyediaan dikisar) bersama sedikit air, gula melaka dan juga air asam jawa. Masakkan bahan tersebut sehingga sambal menjadi pekat dan juga kering. Masak sehingga api dalam keadaan yang sederhana.
  • Masak sehingga lebih kurang 30 ke 40 minit, masukkan pula bawang holland dan sedikit garam sebagai pencukup rasa. Jika diinginkan sambal yang dimasak berbau wangi, masukkan sedikit daun pandan.
  • Masakkan sambal ini sehingga bawang holland menjadi lembut. Jika bawang kelihatan sudah lembut, tutup api.

  • CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK
  • Langkah pertama masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan ia bersama majerin. Panaskan hingga ia mendidih.
  • Kemudian hiris nipis bawang merah kecil dan juga halia. Selepas itu tumiskan bahan tersebut bersama daun pandan yang diikat dan juga beras. Tumis dengan minyak yang secukupnya.
  • Selepas tumisan tersebut dalam keadaan sekata, masukkan santan bersama air, halba, dan garam secukup rasa. Gaul sekejap untuk menjadi sebati dan tuangkan kesemua bahan itu ke dalam periuk nasi/rice cooker.
  • Proses memasak nasi di lakukan sehingga nasi menjadi betul-betul masak
  • Siap resepi nasi lemak yang sedap dan hidangkan bersama seperti hirisan timun, potongan telur rebus atau goreng dan sedikit kacang.

Notes

  • Untuk mendapatkan kacang tanah yang rangup, pastikan digoreng sehingga menjadi kekuningan sahaja. Selepas itu, angkat dan sejukkan seketika. Selepas itu disimpan di dalam bekas dengan penutup supaya kacang tidak masuk angin.

Kalori Hidangan Nasi Lemak

Kalori Resepi Nasi Lemak Sedap Sesudu Gula

Setiap hidangan nasi lemak sebanyak 1 pinggan yang dimakan akan mempunyai kalori yang berbeza. Di ruangan bawah akan dilampirkan jumlah kalori untuk hidangan bagi nasi lemak.

  • Hidangan – Nasi Lemak (1 pinggan / 230gram)
  • Jumlah Kalori = 389 kalori

Kalori boleh dibakar dengan cara bersukan. Kiraan masa untuk setiap sukan yang perlu dilakukan untuk membakar 389 kalori nasi lemak tersebut adalah seperti di bawah :-

  • Mengayuh Basikal = 59 Minit
  • Berjalan Kaki = 108 minit
  • Berjoging = 45 Minit
  • Berenang = 32 Minit

Restoran Nasi Lemak Sedap

Jika dilihat di negara Malaysia ini, kebanyakan restoran mahupun gerai di tepi jalan pasti akan ada yang menjual nasi lemak. Baik dari kawasan Utara, mahupun sehingga ke Selatan. Sebahagian peniaga ada yang menjual nasi yang dikukus. Tekstur nasi kadang kala mempunyai penggemarnya yang tersendiri samada dimasak secara biasa mahupun jenis kukus.

Di bawah ini kami akan senaraikan restoran yang menyediakan menu bagi nasi lemak ini. Kebanyakan restoran yang dipaparkan di bawah ini merupakan restoran yang sering dikunjungi pelanggan untuk menikmati kenikmatan nasi lemak yang disediakan oleh mereka:-

Restoran Nasi Lemak Antarabangsa

Restoran yang bertempat di 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan restoran yang menyajikan nasi lemak yang popular di Kuala Lumpur. Jika ada yang berkunjung ke kawasan Kampung Baru tersebut, pasti akan mengingati kenikmatan nasi lemak yang dijual oleh mereka.

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang

Restoran ini bertempat di negeri Selangor. Beralamat YG-49, Jalan Plumbum Y/7Y, Pusat Komersil, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Restoran ini juga menjadi restoran yang menghidangkan menu nasi lemak sebagai menu utama mereka. Dengan menghidangkan berbagai lauk menjadikan nasi lemak mereka sedap untuk dimakan. Harga yang dijual juga di dalam kadar yang berpatutan.

Bagi restoran ini mereka turut mempunyai 2 lagi cawangan yang menyajikan menu sama seperti di atas. Jika di kawasan Shah Alam, restoran kedua mereka adalah bertempat di No 2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam. Manakala di Utara pula bertempat di negeri Kedah. Alamat restoran mereka adalah 163-172, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Dengan mempunyai 3 cawangan, ia menjadikan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini amat dikenali ramai.

Restoran Nasi Lemak Wanjo

Restoran ini turut berada di Kampung Baru. Menu serta kesedapan yang ditampilkan pada hidangan mereka membuatkan ramai pelanggan samada warga tempatan mahupun warga luar gemar singgah untuk menjamu selera di sini. Alamat restoran ini adalah bertempat di 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke kawasan ini, boleh mencuba hidangan ini. Dibuka dari pukul 6 pagi dan tutup pukul 12 tengah malam. Dengan hidangan yang sedap, pasti anda turut menyukainya.

Restoran Nasi Lemak Tanglin

Lokasi bagi restoran ini adalah di Komplels makan Tanglin, Gerai no.6, Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur. Restoran ini juga turut menyediakan berbagai lauk pauk untuk digandingkan bersama hidangan nasi lemak.

Restoran ini juga turut dikenali ramai, sehinggakan mereka mempunyai cawangan di lalin kawasan serta turut menjalankan perniagaan dengan menggunakan “food truck”. Dengan kualiti yang ditampilkan, ia sekaligus membuatkan para pelanggan amat menyukai untuk menjamu selera di restoran mereka.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

    • Terima Kasih kerana mengunjungi Sesudu Gula untuk mengetahui tentang sesuatu resepi.

      Jangan lupa untuk melihat resepi lain yang berada di laman sesawang Sesudu Gula ini.

      Mungkin resepi tersebut ingin anda merealisasikan di dapur rumah anda. 😊