Resepi Nasi Kak Wok : Sedap & Mudah

Resepi Nasi Kak Wok

Resepi Nasi Kak Wok ini sedap untuk dibuat sebagai juadah makanan. Ia juga sesuai dihidangkan samada sewaktu sini merupakan menu nasi yang makin dikenali oleh ramai. Menu nasi ini hadir bersama ayam yang digoreng, sedikit sambal belacan dan dilimpahi dengan kuah gulai. Hidangan ini kian menjadi menu yang sering terjual oleh peniaga ketika di waktu pagi mahupun dijual oleh peniaga di pasar malam.

Campuran dengan nasi putih, gulai dan sambal belacan, ia sekaligus menjadi pelengkap untuk dibuat sebagai hidangan. Proses penyediaannya pula terbahagi kepada tiga, iaitu penyediaan untuk ayam, penyediaan gulai dan terakhir sekali penyediaan sambal belacan.

Untuk yang ingin menghidangkan lauk tambahan bagi hidangan ini, boleh juga mencuba akan resepi daging goreng kunyit. Masakan yang berasaskan gorengan ini, terlihat amat sepadan digandingkan bersama hidangan nasi di bawah ini dan sedap.

Resepi Nasi Kak Wok

5 from 2 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: NasiCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

orang
Masa Penyediaan

30

minutes
Masa Masak

35

minutes
Kalori

500

kcal

Resepi Nasi Kak Wok mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN


  • BAHAN UNTUK AYAM GORENG
  • Ayam separuh ekor

  • Garam 1 sudu kecil

  • Serbuk Kunyit 2 sudu kecil

  • Serbuk Cili 1 sudu besar

  • Serbuk Rempah Kari Daging ½ sudu besar

  • Daun kari 2 tangkai

  • Tepung Goreng Ayam 2 sudu besar

  • Minyak secukupnya


  • BAHAN UNTUK GULAI
  • Minyak Masak ½ cawan

  • 3 biji Bawang merah

  • 3 ulas Bawang putih

  • Halia 1 inci

  • Lengkuas 1 inci

  • Serbuk Rempah Kari Jenis Daging 2 sudu besar

  • Serbuk Rempah Jenis Kerutuk 1 sudu besar

  • Serbuk Cili 1 sudu besar

  • Bahagian Ayam sedikit ( kaki ayam, tulang, lehar dan lain-lain)

  • Kacang Panjang 3 batang (dipotong 2 inci)

  • Terung Panjang 1 (dipotong ikut kesesuaian)

  • Santan segar 1 cawan

  • Asam keping 1 keping

  • Cili 6 tangkai

  • Gula Nisan sedikit

  • Garam sedikit


  • BAHAN UNTUK SAMBAL BELACAN
  • Cili Padi 20 biji

  • Cili Merah 4 biji

  • Limau Kasturi 4 biji (dipotong nipis)

  • Belacan 1 inci

  • Air Asam Jawa ½ cawan

  • Gula Garam secukup rasa

  • Serbuk Perasa

cara penyediaan


  • CARA PENYEDIAAN AYAM UNTUK DIGORENG
  • Gunakan ayam yang telah dipotong kecil
  • Selepas itu gaul dan sekatankan potongan ayam tersebut bersama dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan juga bersama dengan sedikit tepung goreng segera untuk ayam. Perapkan bahan ini seketika.
  • Kemudian gorengkan perapan ayam tersebut bersama dengan minyak yang mencukupi. Gorengkan sehingga ia menjadi garing dan berwarna keperangan.
  • Siap untuk dihidang

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK GULAI
  • Langkah pertama adalah kisarkan bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia dan juga lengkuas. Kisarkan bahan berikut sehingga halus.
  • Selepas itu bancuhkan rempah serbuk kari jenis daging bersama rempah serbuk kerutuk. Bancuhkan bersama dengan air.
  • Tumiskan dengan minyak bahan yang dikisar awal tadi bersama dengan bancuhan serbuk rempah dan juga masukkan bersama serbuk cili. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga kelihatan pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan bahagian ayam ke dalam periuk ( kaki ayam, tulang, lehar dan lain-lain) dan kacau seketika. Masakkan sehingga bahagian ayam itu menjadi separuh masak dan juga sukatan air menjadi sedikit kering.
  • Tambahkan sedikit air ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan pula potongan kacang panjang ( potongan 2 inci), terung (dipotong dengan potongan yang sesuai), santan dan juga gula nisan. Tambahkan garam dengan secukup rasa.
  • Jika kuah yang dimasak kelihatan agak pekat dan juga kering selepas memasukkan bahan di atas, boleh tambahkan sedikit air.
  • Selepas itu masukkan pula asam keping dan juga cili padi (buang tangkainya)
  • Panaskan ia sehingga kesemua bahan menjadi lembut serta masak dan tekstur kuah gulai menjadi sedikit pekat.
  • Siap untuk dihidang

  • CARA PENYEDIAAN UNTUK SAMBAL BELACAN
  • Prosesnya adalah kisarkan secara kasar bahan-bahan seperti cili padi dan cili merah, air asam jawa, belacan dan juga potongan dari limau kasturi.
  • Kemudian masukkan gula berserta garam dan juga serbuk perasa ke dalam pengisar dan kisarkan seketika bersama bahan yang dikisar awal tadi sehingga mendapat tekstur yang diinginkan.
  • Siap untuk dihidang.

Notes

  • Penggunaan tepung goreng ayam yang siap dijual di kedai secara tak langsung memudahkan anda.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.