Resepi Mee Hailam : Tengok Da Terliur Rasanya Sedap!

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam ini adalah resepi yang sedap dan mudah untuk disediakan. Proses untuk menyediakan mee ini memerlukan masa selama 15 minit dengan menggunakan 18 bahan yang mudah untuk dibeli oleh anda. Tempoh memasaknya pula hanya mengambil masa selama 10 minit.

Menu mee ini sesuai dibuat sebagai menu hidangan di waktu minum petang ataupun dibuat sebagai hidangan makan malam. Dengan menggunakan isi ayam, udang, sotong ia sekaligus pasti membangkit selera anda.

Selain dari masakan jenis hailam begini, bahan asas mee ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Salah satu masakan yang sering dimasak serta mudah untuk disediakan adalah mee goreng. Anda boleh rujuk di resepi kami untuk mencuba akan resepi tersebut.

Resepi Mee Hailam

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MeeCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

277

kcal

Resepi Mee Hailam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Mee Kuning 500gram

  • 4 ulas Bawang Putih (diketuk)

  • Isi Ayam 1 mangkuk (siap direbus)

  • Isi Udang 1 mangkuk

  • Sotong 3 ekor

  • Kicap Pekat

  • Lada Hitam 1 sudu kecil

  • Sos Tomato 2 sudu besar

  • Sos Tiram 1 sudu besar

  • Sawi (batang dan daun di asingkan)

  • Jagung Muda 3 batang (dihiris nipis)

  • Tomato 1 biji (dibelah 6)

  • Tepung Jagung 2 sudu besar

  • Air (secukupnya)


  • BAHAN HIASAN
  • Cili Merah (dihiris nipis)

  • Bawang Goreng

  • Limau Nipis (dibelah dua)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah masukkan air dan panaskan, kemudian celur mee kuning itu di dalam air panas sebentar dan toskan airnya.
  • Selepas itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga ia naik bau. Kemudian masukkan isi ayam, sotong, udang dan juga karot. Gaul bahan ini sehingga sebati
  • Setelah bahan sebati, masukkan pula air secukupnya ke dalam kuali. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap, batang sawi serta lada hitam. Masak kesemua bahan ini sehingga kuah menjadi mendidih.
  • Kemudian masukkan pula daun sawi, tomato dan juga hirisan jagung muda. Selesai digaul sebentar, masukkan pula bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Perasan kuah tersebut bersama dengan gula serta garam mengikut keinginan anda.
  • Letakkan mee yang telah dicelur tadi di dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang telah dimasak. Akhir sekali hiaskan dengan hirisan cili merah, sedikit bawang goreng, dan juga limau nipis yang telah dibelah.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Untuk mendapatkan kuah yang pekat, pastikan sukatan bancuhan tepung jagung yang digunakan dalam sukatan yang sempurna.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.