Resepi Mee Goreng
Resepi Mee Goreng ini adalah resepi yang amat mudah untuk disediakan. Menu mee ini boleh dibuat sebagai sarapan pagi ataupun sebagai menu makan di waktu petang. Kebiasaan mee dimasak dan diletakkan udang, isi ayam ataupun ada sesetengah orang meletakkan hirisan daging. Bagi menu ini menggunakan cili kisar iaitu terdiri dari beberapa biji bawang putih dan juga cili kering. Manakala bawang merah dan juga bawang besar tidak digunakan. Untuk resepi ayam pula hanyalah dipotong dengan potongan dadu dan digoreng bersama cili yang dikisar.
Ada sesetengah mee goreng yang kering dan digelar juga sebagai mee mamak. Manakala ada sesetengah yang memasak sehingga menjadikan ia berkuah. Dan mee berkuah itu dinamakan sebagai mee goreng basah.
Bagi penggemar menu ini, kedua-dua jenis masakan itu mempunyai rasa yang sedap dan amat menyelerakan. Dan semestinya sesiapa yang terhidu akan cuba resepi mee goreng ini pasti terasa nak makan. Pastikan tidak lupa Cili Sos penambah rasa seperti makan di Kedai Mamak.
Restoran Mee Goreng
Hidangan ini merupakan menu yang mudah untuk dicari. Ini kerana menu mee ini banyak dijual samada di restoran mahupun gerai-gerai. Sehinggakan ada yang dikenali dengan nama mee goreng mamak. Bagi mee tersebut, ia berlainan kerana ia digoreng sehingga kering.
Bagi menu mee goreng ini, anda boleh mencubanya di 1 gerai yang bertempat di Jalan Tengkera Bandar Hilir Melaka. Menu yang dinamakan sebagai “Mee Goreng Bodoh” ini merupakan menu yang amat laris. Walaupun hidangan ini terlihat ringkas, tetapi menu ini amat enak dimakan sehinggakan jualannya habis terjual dalam masa yang singkat.
Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.