Resepi Mee Bandung
Resepi Mee Bandung yang pasti membuatkan ramai yang terliur akan keenakannya. Dengan penggunaan berbagai bahan seperti udang, daging, beberapa biji bawang, mee dan juga telur membuatkan makanan yang bernama mee bandung ini terasa mengenyangkan. Untuk penyediaan kuah ini tidak menggunakan cili sos.
Menu berasaskan mee ini juga tidak asing bagi rakyat di sini kerana ramai mengenali juga dengan nama mee bandung muar, ia menjadi antara menu yang dijual oleh sebilangan kedai makanan yang bertempat di Malaysia dan sedap untuk dimakan.
Restoran Mee Bandung
Hidangan bagi resepi mee bandung ini amat enak untuk dimakan. Dengan kuahnya yang harum disebabkan aroma dari udang, ia sekaligus membangkit selera bagi sesiapa yang terhidu akan harumannya. Untuk resepi ini turut dijual laris di restoran.
Menu bagi mee di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori yang bertempat di Tanjung Agas Muar Johor merupakan di antara restoran yang laris dan disukai ramai disebabkan keenakan menu yang disajikannya.
Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.