Resepi Kek Batik : Enak Rasanya Seperti Original Sarawak

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik yang ditampilkan ini adalah resepi kek yang pasti dikenali ramai. Resepi yang sering dianggap sukar ini sebenarnya mampu dihasilkan oleh anda jika kena dengan caranya. Bahan-bahan untuk penyediaannya juga hanya mempunyai 5 jenis bahan sahaja.

Penghasilan kek sebegini kebiasaannya menggunakan bahan asas yang berbagai. Bagi resepi yang ditampilkan ini, kek ini akan menggunakan biskut Marie sebagai bahan asasnya. Tempoh masa untuk memasak kek ini juga hanya sekitar 10 minit.

Selain dari menyajikan kuih di waktu petang seperti kuih seri muka atau jenis kuih yang lain, hidangan kek ini juga sesuai untuk dihidangkan dan enak di makan. Dengan teknik yang dipaparkan di bawah, anda boleh mencubanya di dapur rumah anda.

Resepi Kek Batik

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

8″ x 8″

Loyang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

214

kcal

Resepi Kek Batik mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Biskut Marie 1 bungkus

  • Mentega (Butter) 250g

  • Serbuk Milo 200g

  • Serbuk Koko 3 sudu besar (diayak)

  • Susu Pekat 3/4 tin

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah sediakan 1 loyang dan lapikkan di permukaan loyang dengan kertas minyak.
  • Kemudian panaskan periuk di atas api dan masukkan mentega sebanyak 250g. Biarkan seketika sehingga mentega tersebut cair.
  • Selepas itu masukkan pula serbuk koko yang telah diayak, serbuk milo dan juga susu pekat. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga ianya sebati. Pastikan dikacau sehingga ia menjadi pekat. Setelah itu tutup api.
  • Kemudian masukkan biskut marie. Susunkan biskut marie ke dalam loyang. Selesai menyusun biskut marie di lapisan bawah, tuangkan sedikit adunan yang telah dimasak tadi untuk menutup lapisan biskut marie tersebut.
  • Lakukan langkah berselang seli antara lapisan biskut marie dan lapisan coklat sehingga adunan yang dimasak tadi habis.
  • Selesai proses berselang seli tersebut, masukkan loyang itu ke dalam peti sejuk. Proses sejukan yang diperlukan adalah semalaman.
  • Jika tempoh masa sudah mencukupi dan kondisi kek juga menjadi keras, potong kek tersebut dan sedia untuk dihidangkan.

Notes

  • Pastikan kondisi kek betul-betul mengeras baru dipotong. Ini untuk mengelakkan potongan kek tersebut menjadi melekat.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.