Resepi Kari Kepala Ikan: Pasti Menjilat Jari

Resepi Kari Kepala Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan yang ditampilkan ini adalah resepi yang amat sedap untuk dibuat sebagai lauk samada sewaktu menu makan di tengah hari mahupun sewaktu menu makan malam. Ini kerana kenikmatan akan kari bersama kepala ikan membangkit selera kita. Digandingkan bersama bendi, ia sekaligus membuatkan sesiapa yang terhidu aromanya pasti memikat.

Proses penyediaan bagi resepi ini tidaklah sukar. Terdiri dari 17 bahan untuk membuat resepi ini, ia sekaligus pasti boleh dibuat oleh anda di rumah. Kepala ikan yang akan digunakan untuk resepi kali ini adalah dengan menggunakan kepala ikan merah. Jika anda ingin memasak lauk tambahan untuk digandingkan bersama kari ikan ini seperti masakan siakap 3 rasa, boleh dilihat di resepi tersebut.

Resepi Kari Kepala Ikan

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: IkanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

20

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

288

kcal

Resepi Kari Kepala Ikan mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul kepala ikan merah (dipotong 2)

  • Minyak masak 1/2 cawan

  • 3 sudu kecil Halba campur

  • 3 biji Bawang merah

  • Cili hijau 2 biji

  • 3 ulas Bawang putih

  • 1 inci Halia

  • 1 tangkai Daun Kari

  • 1 biji Tomato

  • Rempah Kari Ikan / Serbuk Kari Ikan 3 sudu besar

  • Serbuk cili 1 sudu besar

  • Air sedikit (untuk digunakan semasa membancuh rempah)

  • Air Pati Asam Jawa 1/4 cawan

  • Santan 1/2 cawan

  • Bendi 10 batang

  • Garam dan Gula secukup rasa

cara-CARA penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiriskan bawang merah kecil dengan potongan nipis. Manakala untuk bawang putih dan juga halia dihiris secara kasar. Kemudian bahan ini dikisar sehingga menjadi halus
  • Hiris sebiji tomato dengan potongan kasar. Untuk cili hijau, belahkan menjadi dua dan potong dengan potongan memanjang
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halba campur, kemudian tumiskan bawang merah kecil sehingga ia menjadi kekuningan.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi (langkah 1), cili hijau, daun kari dan tomato. Gaulkan bahan-bahan itu sehingga ia naik bau.
  • Bancuhkan pula rempah ikan dan serbuk cili dengan sedikit air sehingga ia menjadi sekata.
  • Masukkan bancuhan ini ke dalam kuali bersama dengan bahan tumis. Dan tuangkan sedikit air ke dalam kuali. Masakkan sehingga kelihatan pecah minyak.
  • Selepas kari kelihatan pecah minyak dan mendidih masukkan air asam jawa dan tambahkan air lagi. Proses menambah air perlu dilakukan sehingga rempah menjadi masak. Jika tidak dilakukan sebegitu, khuatir kari akan menjadi tidak sedap.
  • Masukkan ikan (bahagian kepala) yang telah dibelah dua ke dalam kuali.
  • Kemudian masukkan pula sedikit santan. Dan perlu menambahkan sedikit air ke dalam kuali.
  • Masukkan bendi dan juga perasakan kuah kari ini dengan garam serta gula secukup rasa. Biarkan sehingga bendi kelihatan layu.
  • Jika bendi telah pun layu, tutup api. Menu kari kepala ikan siap untuk dihidang.

Notes

  • Proses menambah air ke dalam kuali perlu dilakukan semasa memasak. Ini untuk membuatkan kari dimasak dengan sukatan air yang sempurna.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.