Resepi Daging Masak Merah : Masak Ala Thai

Resepi Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah ala thai mudah dan sedap ini merupakan salah satu resepi yang pasti ramai yang pernah menjamahnya. Manakan tidak, resepi daging masak merah ala thai ini sering dilihat terjual di restoran samada berkonsep ala melayu mahupun ala thai. Ia sering digandingkan bersama sepinggan nasi putih berserta sambal belacan. Hirisan daging masak merah ala thai yang dimasak sehingga lembut membuatkan ia membuka selera bagi sesiapa yang menjamahnya.

Hirisan daging lembu bersama dengan sedikit karot, bawang, menjadikan ia makanan yang enak untuk dibuat ketika di rumah dan dimakan bersama keluarga anda. Cara memasak bagi resepi ini juga mudah dan barang yang digunakan juga mudah untuk mencarinya. Disebabkan oleh itu, resepi makanan ini amat diminati ramai untuk belajarnya.

Hirisan daging dengan masak sebegini jika dibuat sebagai lauk untuk nasi goreng tomyam amat tepat sekali. Dengan rasa pedas serta masam-masam sedikit, ia sekaligus membuka selera makan anda.

Resepi Daging Masak Merah

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

308

kcal

Resepi Daging Masak Merah mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Daging 1/2 kilo

  • Air (secukupnya)

  • Pewarna Merah sedikit

  • Minyak sedikit

  • 3 ulas Bawang Putih dicincang kasar

  • Cili Kisar 1 sudu besar

  • Sos Cili 3 sudu besar

  • Sos Tomato 3 sudu besar

  • Sos Tiram 1 sudu besar

  • Sos Ikan 2 sudu besar

  • Karot 1/2 batang dan dihiris nipis

  • Cili Padi 7 biji dan dibelah 2

  • Tomato 1 biji dibelah 6

  • Bawang Holland 1/2 biji dan dihiris secara bulat

  • Daun Limau Purut 3 helai

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah masukkan daging bersama dengan sedikit pewarna merah untuk proses rebusan. Rebus sehingga daging menjadi lembut. Sejukkan seketika daging rebus itu dan hiris nipis daging dengan potongan yang halus.
  • Panaskan minyak sedikit ke dalam kuali dan gorengkan hirisan daging tersebut. Goreng sehingga dalam keadaan garing sedikit sahaja.
  • Ambil sedikit minyak yang digoreng daging tadi dan tumis bawang putih. Tumis sehingga ia menjadi kekuningan dan masukkan cili kisar. Masakkan kedua-dua bahan ini sehingga masak.
  • Selepas itu masukkan hirisan daging yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama dengan bahan tumis di atas.
  • Kemudian masukkan pula sos iaitu sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sehingga sekata
  • Selepas bahan di atas digaul sekata, masuk pula hirisan cili padi, hirisan karot, sos ikan dan air rebusan daging yang disimpan tadi. Gaul kesemua bahan ini sehingga ia sebati.
  • Dan masukkan bahan akhir sekali iaitu hirisan bawang holland, tomato, dan daun limau purut yang telah dicarik. Masak sehingga tomato kelihatan layu.
  • Jika tomato telah layu, angkat dan siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Air rebusan daging jangan dibuang. Ia akan digunakan sewaktu membuat kuah.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.