Resepi Daging Masak Black Pepper : Mudah Jer

Resepi Daging Masak Black Pepper

Resepi Daging Masak Black Pepper ini menggunakan hirisan daging dan dimasak bersama dengan serbuk lada hitam. Masakan daging masak lada hitam ini sangat sedap dimakan samada sebagai menu tengah hari mahupun menu makan malam. Langkah penyediaannya pula mudah dan tidaklah serumit mana. Ia pasti boleh dimasak oleh anda untuk dibuat makan bersama keluarga.

Menu ini hadir bersama sedikit kuah black pepper. Dengan rasa pedas lada itu, ia membangkit selera makan kita. Hirisan daging juga perlu diambil kira, sebaiknya hirisan daging yang sesuai adalah hirisan daging yang nipis dan cara hiris yang betul supaya mudah untuk dimakan. Disebabkan oleh itu, daging black pepper ini sangat enak dan sedap untuk dimakan.

Jika anda ingin menyediakan dua jenis resepi dengan menggunakan daging sebagai bahan asas, boleh juga mencuba resepi kerabu daging ini. Selain rasanya yang sedap, pasti keluarga anda turut menyukainya.

Resepi Daging Masak Black Pepper

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

35

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

423

kcal

Resepi Daging Masak Black Pepper mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Serbuk lada hitam 2 sudu kecil

  • Kicap (secukupnya)

  • Tepung Jagung 1 sudu besar

  • Ubi Kentang 2 biji (digoreng)

  • Lada Benggala 1/2 biji

  • Cili Merah 2 biji


  • BAHAN PERAPAN DAGING
  • Daging 1/2 kilo

  • 5 ulas Bawang Putih (ditumbuk halus)

  • 4 biji Bawang Merah (ditumbuk halus)

  • Halia 2 inci (ditumbuk halus)

  • Sos Tiram 2 sudu besar

  • Kicap Manis 2 sudu besar

  • Serbuk Lada Hitam sedikit

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiriskan daging secara potongan nipis.
  • Bawang merah, bawang putih dan juga halia dihiris secara kasar. Bahan-bahan ini ditumbuk halus dan digaulkan bersama hirisan daging sehingga sekata.
  • Selepas itu masukkan pula 2 sudu besar kicap manis, sedikit serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil) dan 2 sudu besar sos tiram. Perapkan daging bersama bahan tersebut sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.
  • Belah 4 cili padi (tangkai dibuang)
  • Kupas dan potong ubi kentang dengan potongan seperti wedges. Selepas itu digoreng sehingga ubi menjadi keperangan. Angkat dan sejukkan seketika.
  • Selepas itu, ambil sedikit minyak dari gorengan ubi tadi dan masukkan daging yang diperap untuk digoreng. Goreng sehingga daging menjadi kering dan masukkan sedikit kicap.
  • Kemudian tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan renehkan seketika seketika sehingga daging menjadi betul-betul lembut.
  • Bancuhkan tepung jagung berserta dengan air dan masukkan bancuhan itu ke dalam kuali. Gaul bancuhan itu bersama daging sehingga ia sekata.
  • Ambil ubi yang telah digoreng tadi, dan masukkan ke dalam kuali bersama daging. Masukkan juga bahan-bahan yang telah disediakan awal tadi seperti hirisan lada benggala, hirisan cili merah dan hirisan cili padi. Gaul seketika sehingga lada benggala menjadi sedikit lembut.
  • Selepas lada benggala menjadi lembut, barulah masukkan hirisan bawang besar (boleh juga menggunakan bawang holland). Masak seketika bawang tersebut dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Teknik hirisan daging yang betul dapat mengelak daging menjadi liat ketika memakan. Langkah yang terbaik adalah hiriskan daging dengan mengikut arah lawan urat.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.