Close Menu
SeSudu.comSeSudu.com

    Panduan Makanan

    Dapatkan panduan makanan & kesihatan dari SeSudu.com

    Terkini

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
    • Terms and Conditions
    • Disclaimer
    SeSudu.comSeSudu.com
    Demo
    • UTAMA
    • RESEPI
      • NASI
      • SENARAI RESEPI AYAM
        • KATEGORI AYAM
      • DAGING
      • IKAN
      • MEE
      • KUIH MUIH
      • BUAH-BUAHAN
      • AIR
    • PANDUAN
      • KHASIAT MAKANAN
    • TERKINI
    • HUBUNGI KAMI
    SeSudu.comSeSudu.com
    Home»Resepi»Buah Buahan»RESEPI CEMPEDAK GORENG — Rahsia Rasa Rangup!
    Buah Buahan

    RESEPI CEMPEDAK GORENG — Rahsia Rasa Rangup!

    SeSudu.comBy SeSudu.comAugust 7, 2021Updated:February 19, 20231 Comment1 Min Read
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Pinterest Tumblr Reddit Email
    resepi cempedak goreng 1
    resepi cempedak goreng 1
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Resepi Cempedak Goreng

    Resepi Cempedak Goreng rangup ini paling ramai yang menyukainya. Hanya dengan menghidu akan aromanya yang wangi tatkala digoreng, ia membuatkan ramai orang akan mengidamkannya. Dengan rasanya yang manis, ditambah pula digoreng garing ia mudah untuk membuatkan keluarga anda menjamah dengan berselera akan makanan ini.

    Proses penyediaan resepi cempedak goreng rangup tahan lama ini  juga amat mudah. Hanya perlu sediakan bahan bancuhan tepung untuk disatukan dengan isi buah cempedak itu. Menu cempedak goreng rangup ini sesuai dihidangkan di waktu petang dan sedap dimakan. Digandingkan bersama dengan air secawan bersama gorengan cempedak ini, ia pasti menjadi pelengkap menu minum petang anda.

    Untuk yang ingin mencuba pisang goreng boleh juga dilihat di resepi kami yang lain. Resepi pisang goreng yang rangup pasti sedap dimakan bersama seisi keluarga anda. Selain dari pisang, ada juga yang gemar menggoreng ubi keledek. Hirisan ubi keledek dicampur dengan bancuhan tepung.

    Proses penyediaan untuk resepi ini juga tidak sesukar, malah pasti anda mampu memasaknya di dapur rumah anda. Dengan rasa pisang serta ubi keledek yang manis, tepung yang rangup dan sememangnya sedap untuk dimakan.

    Resepi Cempedak Goreng

    Resepi Cempedak Goreng

    Recipe by SeSudu.com
    0 from 0 votes

    Resepi Cempedak Goreng mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

    Course: BuahCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
    Print
    Hidangan

    5

    orang
    Masa Penyediaan

    10

    minutes
    Masa Masak

    10

    minutes
    Kalori

    98

    kcal

    BAHAN-BAHAN

    • Isi Cempedak

    • 2 cawan Tepung Beras

    • Tepung Jagung 1 cawan

    • Tepung Gandum ½ cawan

    • 1 biji Telur (Gred C)

    • Serbuk Kunyit ½ sudu teh

    • Air Kapur 4 sudu besar

    • Garam ½ sudu kecil

    • Mentega 1 sudu besar

    • Air 2 cawan

    Cara Penyediaan

    • Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah perlu membelah buah cempedak dan mengambil isinya satu persatu.
    • Kemudian ambilkan semua bahan-bahan dan mulakan proses bancuhan. Bahannya ialah tepung gandum , tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, telur, air kapur, mentega dan juga garam ke dalam bekas bancuhan. Kacau seketika bahan ini sehingga ia berada dalam keadaan sekata
    • Masukkan air ke dalam bekas bancuhan dan gaul. Proses memasukkan air perlu dituang sedikit demi sedikit supaya bancuhan dapat diagak akan kelikatannya.
    • Selepas itu masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tadi dan gaul bersama.
    • Panaskan minyak ke dalam kuali sehingga ia betul panas.
    • Apabila minyak panas, masukkan isi cempedak yang telah diambil tadi satu persatu ke dalam kuali
    • Gorengkan isi cempedak ini sehingga ia masak. Dan jangan lupa untuk terbalikkan ia supaya ia masak di kedua-dua bahagian.
    • Jika telah masak dan warna menjadi keperangan, alihkan dari kuali.
    • Siap untuk dihidang.

    Nota

    • Boleh diasingkan biji cempedak dari isi jika tidak mahu digoreng sekali. Kebiasaan orang akan menggoreng bersama bijinya kerana bijinya boleh dimakan.
    SeSudu.com
    SeSudu.com

    Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    SeSudu.com
    • Website

    Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

    Related Posts

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021

    RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API — Ramai da Cuba!

    October 1, 2021

    RESEPI RENDANG AYAM — Sedap Dan Menyelerakan!

    September 27, 2021

    RESEPI NASI MINYAK — Rasa Seperti Nasi Kenduri!

    September 27, 2021

    RESEPI IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA — Macam Di Restoran!

    September 27, 2021
    Leave A Reply Cancel Reply

    Cari Resepi Anda
    Iklan
    Demo
    Pilihan Kami
    Ayam

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    By SeSudu.comFebruary 19, 2023

    Apakah anda tercari-cari resepi ayam yang mudah tetapi sedap untuk dimakan sepanjang hari? Jangan risau,…

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021

    RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API — Ramai da Cuba!

    October 1, 2021
    Komen Terkini
    • noorbaizura on RESEPI AIR JUS BUAH NAGA — Rasanya Menyelerakan
    • SeSudu.com on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Emylia on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    Kategori Masakan
    • Air
    • Ayam
    • Buah Buahan
    • Daging
    • Featured
    • Ikan
    • Khasiat Makanan
    • Kuih Muih
    • Mee
    • Nasi
    • Panduan
    • Pilihan Pembaca
    • Resepi
    • Trending
    Iklan
    Demo
    Email Langganan

    Panduan Makanan

    Dapatkan panduan makanan & kesihatan dari SeSudu.com

    Mengenai Kami
    Mengenai Kami

    SeSudu Gula ada portal resepi masakan terkini dengan kaedah penulisan yang mudah untuk pembaca. Kami juga menyediakan pelbagai jenis panduan berkenaan makanan.

    Kami menerima perkongsian resepi dari anda.

    Email Kami:
    📩 hubungi@sesudu.com
    📩 iklan@sesudu.com

    Pilihan Kami

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021
    Komen Baru
    • noorbaizura on RESEPI AIR JUS BUAH NAGA — Rasanya Menyelerakan
    • SeSudu.com on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Emylia on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Utama
    • Penulis
    • Terkini
    • Newsletter
    • Hubungi
    Hakcipta Terpelihara 2025 © SeSudu.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.