Resepi Air Soda Serai Dan Madu : Mudah & Sedap

Resepi Air Soda Serai Dan Madu

Resepi Air Soda Serai dan Madu atau dikenali dengan soda herbs adalah minuman ini yang menggunakan serai dan juga ada madu membuatkan ia suatu minuman menyegarkan dan dalam masa yang sama memberi satu kenikmatan masam manis yang pasti memuaskan kepada anda. Pembuatan minuman ini senang dan air juga tidak perlu di masak. Serai yang digunakan hanya diketuk dan diletakkan di dalam gelas yang digunakan.

Cara buat air ini juga ringkas, prosesnya hanya menggunakan madu, batang serai diketuk,hirisan limau kasturi dan dicampur bersama air soda. Dengan cara senang serta yang sedap sebegini, ia pasti memudahkan anda untuk menyediakan ketika berada di rumah.

Resepi Air Soda Serai Dan Madu

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

1

gelas
Masa Penyediaan

5

minutes
Kalori

150

kcal

Resepi Air Soda Serai Dan Madu mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Madu 2 sudu makan

  • Soda 1 cawan

  • Serai 1 batang (diketuk)

  • Laici

  • 2 biji Asam Boi

  • Lemon (dihiris nipis)

  • Limau Kasturi (dihiris nipis)

  • Daun pudina

cara penyediaan

  • Langkah pertama sapukan madu di keliling dinding gelas dan juga permukaan
  • Masukkan air soda di dalam gelas
  • Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi. Biarkan sekejap untuk air soda dan madu merasap dengan rasa serai itu.
  • Selepas itu masukkan 1 hirisan limau kasturi, 1 hirisan lemon, asam boi, laici ke dalam gelas. Gaul seketika bahan ini.
  • Di akhirnya, masukkan ais ke dalam gelas. Seberapa banyak ais adalah mengikut kondisi yang anda inginkan.
  • Letakkan sehelai daun pudina untuk hiasan. Siap untuk dihidang. Sedap dan menyegarkan.

Notes

  • Boleh digunakan madu yang dijual secara komersil di kedai-kedai. Kondisi manis madu jenis tersebut boleh digunakan untuk minuman ini. Serta jika tiada limau kasturi, boleh juga menggunakan limau nipis.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.