Resepi Air Lai Chi Kang : Amat Menyegarkan

Resepi Air Lai Chi Kang

Resepi Air Lai Chi Kang merupakan sejenis minuman yang amat menyegarkan dibuat minum di waktu tengah hari. Bahan-bahan yang digunakan juga senang dicari, ia merangkumi semua bahan seperti buah kembang semangkuk, nata d’coco, gula batu dan juga daun pandan.

Minuman ini mudah disediakan dan tak sukar. Penggunaan bahan-bahan tersebut juga merupakan bahan yang dikenali untuk menyejukkan badan. Dengan proses untuk menyediakan juga amat ringkas dan ia pasti boleh direalisasikan di dapur rumah anda.

Bagi minuman yang menyegarkan selain dari resepi di bawah, anda boleh juga mencuba akan resepi air longan kering. Minuman ini juga turut digemari ramai serta khasiat bagi longan kering tersebut dapat memberi khasiat kepada tubuh badan. Cara nak buat minuman ini boleh dirujuk di resepi berkaitan.

Resepi Air Lai Chi Kang

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

2

mangkuk
Masa Penyediaan

5

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

100

kcal

Resepi Air Lai Chi Kang mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak terlalu complicated untuk diminum bersama keluarga tersayang

BAHAN-BAHAN

  • Barli 1/2 cawan (basuh dan rendam terlebih dahulu sekurangnya 1 jam)

  • Buah Kembang Semangkuk 8 biji ( basuh dan rendam sekurangnya 2-3 jam)

  • Biji Selasih 1 sudu besar

  • Nata D’ Coco 2 sudu besar

  • Gula Batu 1 cawan

  • Daun Pandan 2 helai

  • Air 10 cawan

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah masukkan barli, buah kembang semangkuk, biji selasih, gula batu, daun pandan dan juga air ke dalam periuk.
  • Kemudian masakkan bahan-bahan berikut sehingga menjadi larut dan air tersebut menjadi mendidih.
  • Jika bahan telah mendidih, tutup api dan biarkan ia seketika.
  • Masukkan bahan yang telah dimasak itu ke dalam mangkuk dan masukkan juga Nata D’Coco. (kecuali daun pandan kerana ia hanya digunakan untuk tempoh memasak sahaja)
  • Selepas itu masukkan ais batu ke dalam mangkuk dan gaulkan seketika.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Jika menginginkan rasa yang manis, boleh dilebihkan lagi gula batu tersebut.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.