Resepi Air Katira : 4 Langkah Yang Pasti Sedap & Menyejukkan Badan Anda

Resepi Air Katira

Resepi Air Katira yang ditampilkan ini adalah berdasarkan getah anggur yang dikenali dengan nama katira. Getah anggur ini terbaik untuk dibuat minum sewaktu musim panas kerana bahan getah anggur ini berkeupayaan menyejukkan badan. Air ini juga merupakan air yang sering kita lihat terjual di kedai bazar ramadan untuk diminum sewaktu berbuka puasa.

Minuman manis ini juga terdiri dari bahan-bahan yang terbaik seperti kurma, kismis, biji selasih, gajus, badam, susu dan lain-lain. Dengan bahan-bahan tersebut ia sekaligus menjadikan minuman ini merupakan air yang bermanfaat untuk dibuat sebagai minuman samada waktu tengah hari atau diminum ketika waktu petang.

Resepi Air Katira

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

3

gelas
Masa Penyediaan

5

minutes
Kalori

150

kcal

Resepi Air Katira asli mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Sirap hijau 1 sudu makan

  • Daun pandan 2 helai

  • Air 1 liter / 1 botol besar

  • Susu cair 1 tin

  • Soda 250ml

  • Sedikit Getah Anggur / katira

  • Sagu sedikit

  • Cendol 1 sudu makan

  • Cincau 1 sudu makan

  • Gajus sedikit

  • Badam sedikit

  • Kacang tanah sedikit (sebaiknya kacang itu digoreng)

  • Kurma 2 biji (isi sahaja)

  • Buah kabung 5 biji (isi sahaja)

  • Biji Selasih 1 sudu kecil (perlu dimasak dahulu supaya biji selasih itu mengembang)

  • Buah Kembang semangkuk sedikit

  • Gula batu (sukatan secukupnya)

cara-CARA penyediaan

  • Langkah pertama adalah panaskan 1 liter air dan masukkan bersama sirap hijau, daun pandan dan juga gula batu. Masak sehingga larutan menjadi sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan seperti cendol, cincau, gajus, badam, kacang tanah, kurma, isi buah kabung, biji selasih dan juga isi buah semangkuk.
  • Kemudian biarkan bahan tersebut seketika untuk memberi rasa kepada setiap bahan. Sebaiknya biarkan bahan tersebut sekurang-kurangnya selama 30 minit.
  • Akhir sekali, masukkan bahan tersebut kedalam gelas berserta dengan ketulan ais.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Jika diinginkan rasa lebih sedap, sejukkan seketika bancuhan yang telah siap ke dalam peti sejuk. Ini membuatkan setiap bahan dicampur itu menjadi sebati dan terasa lebih sedap.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.