Resepi Air Jus Buah Naga : Amat Menyelerakan

Resepi Air Jus Buah Naga

Resepi Air Jus Buah Naga yang ditampilkan ini merupakan minuman yang menggunakan buah naga sebagai bahan asasnya. Selain ia menyegarkan, buah ini turut berkhasiat seperti melambatkan proses penuaan, mencegah kanser, kencing manis, meningkatkan sistem imun dan bagus untuk penghadaman serta pencernaan.

Proses untuk buat akan jus ini juga tidaklah sesukar yang digambarkan dan mampu dibuat pada hari cuti. Ia hanya terdiri dari 4 bahan asas sahaja. Dengan menyediakan beberapa bahan tersebut, anda mampu menyediakan di dapur rumah anda.

Jika ingin menyediakan air yang berasaskan buah-buahan, boleh juga mencuba dengan resepi air bandung laici bersama strawberi. Resepi ini juga enak untuk dibuat sebagai minuman. Proses penyediaan serta bahan-bahan yang terlibat boleh dirujuk di resepi tersebut.

Resepi Air Jus Buah Naga

5 from 2 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

2

gelas
Masa Penyediaan

10

minutes
Kalori

130

kcal

Resepi Air Jus Buah Naga mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak terlalu complicated untuk disediakan & diminum bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Buah Naga (Merah) 1 biji

  • Gula Pasir 1 sudu besar

  • Susu Pekat Manis 50ml

  • Air Sejuk (secukupnya)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah larutkan gula dengan menggunakan air panas.
  • Kemudian belah dua buah naga tersebut, dan ambil isinya sahaja dengan menggunakan sudu.
  • Selepas itu masukkan isi buah naga, susu pekat manis, larutan air gula dan juga air sejuk ke dalam pengisar (blender). Kisarkan ia sekejap sehingga ketulan isi buah naga menjadi halus.
  • Tuangkan bahan kisar ke dalam gelas. Jika diinginkan rasa lebih sejuk, letakkan sedikit ketulan ais ke dalam gelas.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Jika diinginkan rasa lebih manis lagi, boleh menambah gula sewaktu proses melarutkan gula.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.